Seorang kanak-kanak berusia 3 tahun menjadi popular setelah video yang menyaksikan dia tertidur di atas pentas ketika melakukan persembahan menjadi viral di media sosial Cina.
Persembahan itu berlangsung di sebuah sekolah di bandar Hulunbuir di Inner Mongolia awal bulan ini, menurut Shanghaiist.
Penonton tiba-tiba terkejut apabila sedar bahawa salah seorang murid terus berbaring di atas pentas ketika menari sambil mengenakan pakaian warna-warni , menari dengan lagu lucu.
Orang ramai di tempat itu terpinga-pinga apa yang sedang berlakur. Kemudian, penganjur menghentikan muzik dan dua orang kakitangan bergegas ke pentas untuk mengejutkan kanak-kanak itu dari terus tidur.
Persembahan bermula semula dari psemua orang kembali ke posisi mereka.
Tetapi gadis kecil yang comel itu buat hal sekali lagi. Walau bagaimanapun, kali kedua kelihatan lebih lucu daripada yang pertama kerana petugas hanya mengalihkan kanak-kanak itu ke posisi lain. Kanak-kanak ini dilaporkan terpaksa bangun pada pukul 6 pagi untuk membuat persiapan sebelum melakukan persembahan.
Sumber Shanghaiist
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.