Sebelum ini. Pemilik Gim dan blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris pernah memuat naik video perbualan beliau dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam, mengenai status Nur Sajat sebenarnya seorang lelaki.

Tindakan beliau telah menyebabkan JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebarkan surat terbuka menerusi media sosial bertujuan menawarkan bantuan kepada seorang usahawan kosmetik selepas beliau mendakwa status jantinanya kabur.

IKLAN

Kami di Murai.MY sangat berbangga dengan keprihatinan Sir Azri atau lebih mesra dipanggil Papagomo ini kerana begitu ambil berat dengan status jantina Nur Sajat.

Mungkin ramai yang tidak perasan, Wan Muhammad Azri bukanlah asing dalam dunia politik. Sebelum ini dia lebih dikenali sebagai Papagomo. Jika dilihat pada sejarah silamnya, rekod peribadi Papagomo tidaklah semurni niatnya pada masyarakat.

Menurut sumber yang dirangkumkan oleh Murai.my, beberapa hal mengenai Sir Azri pasti mengejutkan anda semua.

Pernah Pukul Pengawal Keselamatan

Menurut laporan dari Malaymail Online, Sir Azri pernah menimbulkan kontroversi dengan video menunjukkan dirinya memukul pekerja asing secara berkumpulan yang tersebar di media sosial.

Selepas itu, itu dilihat beberapa kali menampar, kemudian menumbuk serta menendang walaupun lelaki itu sudah meminta maaf.

Di Saman Kerana Tabur Fitnah

Pada tahun 16 Januari 2015, dipetik dari laporan Utusan Online, Peguam Datuk Shukri Mohamed berjaya dalam tuntutan saman fitnah terhadap Sir Azri iaitu penulis blog, Papa Gomo berhubung penyebaran beberapa artikel yang mendakwa beliau menyeleweng wang rakyat Kelantan.

Kerana fitnah ini, Sir Azri diperintahkan membayar ganti rugi yang  ditaksir oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan.

Dipenjara Kerana Peras Ugut

Sebuah artikel dari portal politik Rafizi.com telah mendedahkan bahawa Sir Azri adalah seorang bekas anggota polis trafik berpangkat koperal yang telah dijatuhkan hukuman penjara kerana bersalah memeras ugut seorang yang disyaki penagih dadah untuk mendapat suapan rasuah.

Letak Video Seks Dalam Blog

Menerusi laporan terbaru dalam Berita Harian, Sir Azri dihadapkan mahkamah kerana menyerbarkan fitnah terhadap bekas pemimpin negara.

IKLAN

Sir Azri pemilik blog, www.papagomo.com menyiarkan perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan ahli politik dalam video seks di blog Papa Gomo. Akhirnya dia terpaksa membayar ganti rugi berjumlah RM951,260.30 kepada bekas ahli politik tersebut, yang memenangi kes saman fitnah terhadap blogger itu, tiga tahun lepas.

Digelar Penghasut Di Sarawak

Pada bulan Jun 2017, Polis Diraja Malaysia telah menerima 12 laporan berkaitan muat naik status facebook berkaitan PapaGomo, yang dikatakan mengandungi unsur hasutan di seluruh negeri Sarawak. Menurut laporan Meradong Online, ‘Sir Azri’ membuat kenyataan berbaur hasutan, rentetan pertikaian pendapat di antara Menteri.

Benarlah kata pepatah, Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata orang awak yang lebih… Fuhh! Jangan Mengata pesan Nur Sajat.

Nur Sajat Bingung 

Dalam kenyataan lain, Nur Sajat turut mendedahkan ‘Sir Azri’ pernah cuba hantar undangan  untuk hadir pembukaan Gym milknya. Namun Nur Sajat tidak memberi jawapan dan ini sebabnya Sir Azri simpan dendam terhadapnya.

“Saya perasan dia rajin komen-komen gambar saya di Instagram. Tapi dalam Facebook,dia kutuk-kutuk saya. Saya tak faham apa masalah lelaki ini.

“Dia ada menjemput saya pergi ke pembukaan Gym miliknya. Tetapi satu patah perkataan pun saya tak membalas. Saya tak faham lah orang melayu ini yang bernama Sir Azri.” ADAKAH CARA AWAK NAK VIRAL KAN SAYA INI , bersifat kan dendam??? 

Mahu Perhatian?

Seperti biasa, kerana mahukan publisiti untuk memperkenalkan perniagaan, orang boleh lakukan apa-apa sahaja. Ada netizen yang berpendapat tindakan Sir Azri ini hanya untuk dapatkan publisiti sempena pembukaan Gymnya.

Sumber Utusan Online, Rafizi.com, Berita HarianMeradong Online, MalayMail Online.