Rasanya kita semua sudah mengetahui bahawa karier sebagai anak seni tidak menjamin kehidupan artis itu untuk terus relevan. Untuk itulah, ramai artis yang memilih untuk memulakan perniagaan.

IKLAN

Lihat sahaja contoh paling dekat, usahawan berjaya Neelofa, merupakan antara 300 individu yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017. Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor merupakan pengasas dan pengarah NH Prima International Sdn Bhd, tersenarai di bawah kategori Runcit dan E-dagang. Beliau menjalankan beberapa perniagaan termasuk jenama pakaian wanita Muslimah, “Neelofar Hijab”.

Jika di Hollywood, beberapa nama bintang di sana memilih perniagaan dengan membuka hotel. Berikut antara selebriti Hollywood yang telah membuka hotelnya sendiri seperti yang dirangkumkan oleh murai.my;

1. Robert De Niro

Robert De Niro memiliki The Wellington Hotel, yang terletak di London. Hotel tersebut memiliki 83 bilik dan fasilitinya sangat mewah dengan mempunyai 2 buah restoran, spa, dan sebuah cafe.

Bukan itu sahaja, Robert De Niro juga memiliki hotel The Greenwich di New York. Hotel ini memiliki rekaan yang unik, gabungan antara gaya Marocco dengan tropika serta memiliki unsur oriental dan Eropah

Masih ada satu lagi hotel yang dimiliki oleh Robert De Niro iaitu sebuah hotel bernama Nobu di Filipina. Namun sebenarnya, ia bukan sepenuhnya memiliki hotel ini. Ia bekerjasama dengan 2 rakannya.

IKLAN

2. Donatella Versace

Pereka fesyen Donatella Versace memiliki sebuah hotel bernama Palazzo Versace di Dubai. Sesuai dengan selera Donatella, hotel ini sangat mewah dan megah. Di dalamnya terdapat 215 bilik.

3. Leonardo DiCaprio

Leonardo DiCaprio ketika ini tengah membina sebuah hotel eksotik di sebuah pulai kecil di Belize. Resort eco-friendly ini kabarnya bakal dibuka pada tahun 2018 ini.

4. Cristiano Ronaldo

Cristiano Ronaldo juga mempunyai hotel yang terletak di Portugal. Bekerja sama dengan Pesrtana hotel group, Ronaldo mempunyai beberapa hotel di negara tersebut.

5. Richard Gere

Bedford Post Inn yang terletak di New York itu sebenarnya dimiliki oleh Richard Gere. Penginap yang tinggal di Hotel yang hanya memiliki 8 bilik ini akan merasai seperti di rumah sendiri.

6. Lionel Messi

Sebagai bintang bolak sepak terkenal, Lionel Messi memiliki kekayaan yang tak perlu lagi diragukan. Tak hairanlah jika dia juga memiliki hotel mewah yang memiliki 77 bilik di Sepanyol.

Sumber Telegraph