Memang tidak dapat dinafikan, rata-rata netizen di media sosial ramai yang menyokong tindakan Sir Azri atau dulu dikenali sebagai Papagomo supaya JAKIM menahan jutawan kosmetik ini.

Rata-rata netizen yang tidak menyukai penampilan Nur Sajat atau mungkin tak berpuas hati dengan kejayaan yang dikecapinya seboleh mungkin akan menyokong usaha Sir Azri.

Pertemuan Dengan Jakim

Walaubagaimanapun, Nur Sajat menyambut baik pelawaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung isu berkaitan dirinya yang didakwa menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat. Dia bersetuju memenuhi jemputan Jakim selepas mereka memberi kenyataan mahu mengenali dan mendekati dirinya dengan lebih dekat.

Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti berkata hasil pertemuan dapat menemui jalan penyelesaian, lapor mStar Online.

“Alhamdulillah. Kami telah menemui jalan penyelesaian. InsyaAllah semoga semuanya berjalan lancar.

Namun, pertemuan ini telah membuatkan Sir Azri seolah-olah tidak senang duduk kerana dia ternanti-nanti apakah tindakan selanjutnya oleh pihak Jakim terhdap Nur Sajat.

IKLAN

Matlamat dan misi hidupnya untuk pastikan Nur Sajat mengaku dirinya adalah seorang lelaki dan selepas itu mungkin dia akan dapat tidur dengan lena.

Sir Azri Cuba Goda Adik Nur Sajat

Dalam pada masa yang sama, ketika isu ini sedang hangat diperkatakan di media sosial, Sir Azri sempat berbalas komen dengan adik Nur Sajat yang dikenali sebagai Mustika. Wanita yang sudah berumah tangga ini telah digoda menerusi perbualan ringkas di ruangan komen di Instagramnya @must1ka. Lihat bukti screenshot dibawah.

Dalam kenyataan lain, Mustika juga turut mendakwa Sir Azri ada menyimpan hati terhadap kakaknya kerana sebelum ini Sir Azri pernah cuba menghantar mesej secara peribadi kepada Nur Sajat melalui DM (Direct Message) di Instagram.

Sir Azri Mahu Rampas Anak Nur Sajat

Lebih memeranjatkan, dalam sebuah video live yang dirakamkan oleh Sir Azri, dia dengan berani mahu mengemukakan hasrat adakan gelombang ketiga terhadap Nur Sajat.

Sir Azri bercadang mahu membuat semakan terhadap status anak angkat Nur Sajat yang diragui justeru mahu anak-anak itu diambil semula oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Fuhh! Hebat gilerr!

Lihat video live yang sempat dirakamkan oleh murai.my.

IKLAN

Gelombang yang mahu dilakukan oleh Sir Azri telah melahirkan kebimbangan terhadap netizen yang prihatin anak-anak yang tidak berdosa. Netizen ini meluahkan rasa kecewa kerana ada juga manusia di bumi ini yang mahu memisahkan ikatan kasih sayang antara dua jiwa.

Pada mulanya Nur Sajat tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mengambil anak angkat sehinggalah ditanya oleh ibu angkatnya mengenai kesudian beliau untuk mengambil sepasang kembar lelaki dan perempuan.

Bayi kembar yang bernama Nur Syaza Sajidah dan Muhamad Syahmi ini adalah nyawa Nur Sajat.

Satu demi satu yang mahu dibangkitkan oleh Sir Azri terhadap Nur Sajat. Sememangnya kita puji sikapnya yang begitu prihatin tentang hal kemasyarakatan namun haruslah ingat jangan sampai melibatkan insan yang tak berdosa. Renung-renungkan!