Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

‘Kenapa Saya Dilayan Seperti Badut?’- Nur Sajat Kesal

by Khai Azfar
January 22, 2018
Share on Facebook

Kasihan pula kami lihatkan pada usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman atau lebih mesra disapa sebagai sebagai Sajat yang saban hari namanya sering kali menjadi bualan netizen. Antara topik mereka adalah mengenai jantina sebenar usahawan ini.

JAKIM Nafi Buat Panggilan Telefon Sahkan Jantina

Baru-baru ini, JAKIM telah mengaturkan pertemuan dengan Sajat bersama kedua ibubapanya.

Sejurus selepas pertemuan tersebut, JAKIM menerusi wakilnya, Dr Mohd Izwan Md Yusof yang juga Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti telah memberitahu bahawa mereka kini sedang dalam penyiasatan untuk mengkaji jantina sebenar Sajat.

Bakal mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan, Dr Mohd Izwan juga menafikan bahawa mereka telah membuat panggilan kepada seorang individu seperti di dalam video yang tular mengenai jawapan kepada jantina sebenar Sajat.

Sajat Mohon Kasihankan Keluarga

Dalam perkembangan lain, Sajat turut memohon kepada netizen untuk berhenti mengaibkan dirinya kerana kesan daripada pelbagai kecaman itu turut mengheret nama baik keluarganya.

“Cukup-cukuplah mengheret dan mengaibkan nama saya. Kasihanilah keluarga saya yang terpaksa menanggung malu akibat isu yang melanda ini. Kalau anda berada di tempat saya pasti anda juga tidak mahu perkara ini terus diperdebatkan dan menjadi isu besar. Saya masih ada ibu bapa yang punya hati dan perasaan. Saya masih ada keluarga dan anak-anak yang perlu ditanggung. Saya di sini mahu membantu ibu tunggal serta masyarakat Melayu menjana pendapatan”

Dari laporan Harian Metro,  dia turut mempersoalkan tindakan orang ramai yang menjadikan jantinanya sebagai isu besar sedangkan mereka patut meningkatkan ekonomi sekarang yang makin teruk.

“Kenapa saya dilayan seperti badut sehingga nama saya dicalar sedemikian rupa. Saya sudah melakukan apa yang terdaya mengapa ia perlu menjadi isu besar,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[VIDEO] Gelagat Nabila Huda Peluk Sajat, Curi Perhatian Ramai!-"Dia Menangis Dapat Jumpa Kawan-Kawan"
jakimnur sajat
https://lomp.at/05rpc
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem