Muzik Video Terakhir Mendiang Jonghyun SHINee Akhirnya Dikeluarkan

13

Kematian tragis Jonghyun SHINee pada Disember lalu masih meninggalkan luka yang mendalam di hati peminat tegarnya. Apalagi, dia meninggal secara tiba-tiba  kerana bunuh diri berpunca dari depresi yang lama dihidapnya.

Sebelum meninggal dunia, Jonghyun SHINee sebenarnya tengah mempersiapkan material untuk album barunya, Poet I Artist.

IKLAN

Kini, sebulan setelah pemergiannya Jonghyun SHINee, SM Entertainment akhirnya mengeluarkan single terakhir jejaka yang meninggal di usia 27 tahun tersebut, “Shinin’.

Muzik video “Shinin’”, dikeluarkan olehSM Entertainment pada Isnin  (22/1/2018). Dalam video berdurasi hampir tiga menit tersebut, Jonghyun SHINee membawakan lagu pop elektronik dalam video yang menampilkan elemen warna-warni yang ceria.

Sumber Soompi