[GAMBAR] Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah Mewarisi Kejelitaan Ibunya

383
KONGSIAN

Jika sebelum ini murai.my ada menyiarkan artikel tentang Putera Sulung personaliti TV Azrinaz Mazhar Hakim, iaitu Pengiran Muda Putera Abdul Wakeel yang kini berusia 11 tahun, kali ini puteri bongsunya pula.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah Binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Wad’daulah kini berusia 11 tahun.

Kredit Gambar: Qudyn Aziz

Comel Seperti Ibunya

Puteri Ameerah menerima pendidikan di International School Brunei (ISB).  Kedua-dua anak Azrinaz kini tinggal di Istana Brunei. Namun, Azrinaz sering memuat naik gambar mereka di laman Instagram miliknya dengan kapsyen mengatakan bahawa beliau sangat merindui kedua orang anaknya.

Mari lihat gambar terkini  puteri Azrinaz ini.

Sambut Ulang Tahun Ke-11

Sembah Tahniah dan Ucap Selamat sempena ulang tahun ke-11 pada baginda, semoga  dipanjangkan umur, diberikan tahap kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan.

https://www.instagram.com/p/BedKqVZAl59/?taken-by=bruneiroyals

Sultan Brunei yang berkahwin dengan Azrinaz pada Ogos 2005 turut dikurniakan seorang anak lelaki, Putera Abdul Wakeel. 

Majlis Pernikahan beliau dengan Sultan Brunei diadakan secara tertutup dan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja. Tiada liputan berita mengenai perkahwinan ini tetapi majlis ini dikatakan diadakan di kediaman rasmi Sultan Brunei di Kuala Lumpur “Rumah Awang Alak Bertatar” yang terletak di Jalan Ampang berdekatan dengan Kedutaan Britain.

Tiada Hak Penjagaan Anak

Menurut laporan dari Utusan Online, selepas bercerai, Azrinaz bukan sahaja terpaksa meninggalkan istana malah tidak akan dapat hak penjagaan kedua-dua anaknya kerana mereka adalah waris Sultan Brunei.

Dalam pada itu, pelbagai pihak lain seakan-akan ‘mengunci mulut’ daripada membicarakan mengenai bekas isteri kedua Sultan Brunei itu.

+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.