Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

[GAMBAR] Aksi Cium Mulut Faliq & Chryseis Dengan Pakaian Tradisi Cina

by Zaidin Albert
February 5, 2018
Share on Facebook

Pewaris empayar perniagaan terbesar di negara ini, SM Faliq Nasimuddin dan Chryseis Tan selamat diijab kabul sekali gus menamatkan teka-teki kisah percintaan mereka yang tular di media sosial sejak tahun lepas.

Pasangan ini selamat disatukan dalam sebuah majlis tertutup di resort The Chateau, Bukit Tinggi di Bentong, Pahang. Lebih menarik lagi, selepas mereka diijab kabul, pasangan ini muncul dengan persalinan tradisi Cina yang cukup memukau.

Faliq mengenakan pakaian Samfoo iaitu pakai tradisional dipakai oleh lelaki berketurunan Cina. Pakaian tradisional ini bukan pakaian tradisional kaum Cina. Ia diperkenalkan sewaktu Dinasti Ching. Ia adalah pakaian tradisional kepada Orang Manchu.

Manakala, Chryseis Tan mengenakan busana Cheongsam atau disebut juga Qipao merupakan pakaian wanita dengan corak bangsa Tionghoa.

Nampak seluruh keluarga kedua-dua pengantin mengenakan pakaian tradisi Cina termasuk adik-beradik Faliq iaitu Nadia Nasimuddin dan Diana Nasimuddin. Isteri kepada SM Nasarudin, Marion Caunter tidak kurang hebatnya tampil dengan Cheongsam berwarna Oren.

Ciuman Mesra Pengantin

Bagi yang menyaksikan majlis meraikan pasangan ini, satu adegan Faliq cium bibir isterinya.

Tindakan itu mendapat kecaman kerana ianya dikatakan tidak patut dipertontonkan kepada umum apatah lagi disaksikan dalam media sosial.

Segelintir netizen turut menyifatkan pasangan itu tidak menghormati sensitiviti sebagai seorang yang beragama Islam.

Apa-apa pun, majlis ini hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan foto ini bukan dimuatnaik oleh Faliq mahupun Chryseis. Ia dimuatnaik oleh teman-teman rapat yang hadir pada majlis itu.

Topik Berkaitan [VIDEO] Sertai Cabaran ‘At Least’: Kata-kata Tengku Puteri Iman Afzan Buatkan Ramai Tersentuh

Faliq merupakan Naib Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Naza TTDI Sdn. Bhd sementara Chryseis yang berkelulusan Ijazah Seni Liberal Kajian Antarabangsa di Universiti Waseda, Tokyo merupakan Ketua Pengawai Eksekutif Berjaya Times Square.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Chryseis TanDiana NasimuddinFaliq Nasimuddinmarion caunternadia Nasimuddin
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Berita

REVIEW HONOR X9e Pro: Bukan Sekadar Tahan Lasak, AI Pun Makin Bijak

by Phic ARMAN
September 25, 2026

Telefon dengan AI sekarang bukan benda pelik. Hampir setiap kali ada pelancaran telefon baharu, perkataan AI mesti muncul entah berapa...

Read moreDetails
Berita

Kenapa Meerqeen Dipilih Jadi Duta REDMI Note 17 Series?

by Phic ARMAN
August 20, 2026

Bila Xiaomi umumkan Meerqeen sebagai Malaysia Ambassador untuk REDMI Note 17 Series, ramai mungkin tertanya-tanya, kenapa Meerqeen? Jawapannya sebenarnya cukup...

Read moreDetails
Berita

Gardenia Semarakkan Merdeka 2026, 5,000 Cenderahati Buat Pengunjung

by Phic ARMAN
September 1, 2026

Bila sebut sambutan Hari Kebangsaan, bukan hanya perarakan dan kibaran Jalur Gemilang yang mencuri perhatian. Tahun ini, Gardenia Bakeries (KL)...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  2. 2

    Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

  3. 3

    Dari Nasi Lemak Ke Sambal Petai, Village Park Buka ‘Chapter’ Baharu Selepas 24 Tahun

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara