Susulan berita penahanan pelakon Sofi Jikan semalam selepas disahkan positif dadah jenis ganja, pihak polis memberitahu sudah berjaya mengenal pasti dua lagi individu yang juga artis yang disyaki terbabit dalam kes Datuk Farid Kamil yang mendakwa dianayai dengan memasukkan dadah dalam minumannya.

Tegur Jurugambar

Semalam. pelakon yang terkenal dengan tagline ” Kasi Sengat” itu dilihat memakai baju lokap berwarna jingga dan turut memakai bandana bagi menutup separuh dari wajahnya. Dia yang kelihatan tenang berjalan sambil diiringi pegawai polis turut menegur jurugambar yang berada disitu untuk berhenti mengambil gambarnya.

” Tak payah ambil gambar sangat. Nanti curi..google , google …”

Penyanyi Nasyid Antara Yang Disyaki

Dalam perkembangan lain, dua lagi artis yang disyaki tersebut berusia 40a-an dan masing-masing adalah ahli kumpulan nasyid dan anggota sebuah kumpulan R&B yang popular sekitar 90-an.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata pihaknya akan menjalankan ujian air kencing ke atas kedua-dua artis tersebut sama seperti prosedur yang dilakukan ke atas pelakon Sofi Jikan yang ditahan malam semalam, kita akan lakukan pemeriksaan air kencing.

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry