Adira Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Adira menjawab isu tajuk single terbarunya, Sembunyi yang dikatakan kononnya mempunyai kaitan dengan dirinya termasuk spekulasi penyanyi itu kini berbadan dua.

IKLAN

Hanya Sekadar Tajuk Lagu

Menolak dakwaan tersebut, Adira menganggap ianya hanya sekadar gosip liar yang mengaitkan tajuk lagu tersebut dengan dirinya.

Tambah Adira itu hanyalah sekadar tajuk lagu dimana ianya ditulis oleh Alif Sleeq. Sudah terbiasa dengan pelbagai kontroversi yang turut terpalit namannya, bagi penyanyi yang berasal dari Sabah ini tidak menolak kadangkala sesuatu kontroversi itu mampu menaikkan nama sesetengah artis.

Punyai Genetik Kembar

Adira ketika ditanya murai.my, soal mempunyai anak yang kedua bersama Datuk Red, baginya tahun 2018 adalah tahun dimana beliau mahu memfokuskan pada karier nyanyiannya. Namun sekiranya diberi rezeki untuk menimang cahaya mata, beliau dan suami menerimanya dengan perasaan yang terbuka.

Adira turut berseloroh mahukan anak kembar dan turut memberitahu ibunya juga mempunyai pasangan kembar. Jadi tidak mustahil untuk penyanyi ini mendapat anak kembar jika diberikan rezeki suatu hari nanti bukan? Sama-sama kita doakan.

Gambar Instagram Adira 

IKLAN