Bukan perkara pelik bila dengar kisah mengenai orang gaji yang buat hal dengan majikan. Bukan sahaja mereka mengabaikan tanggungjawab yang diberikan majikan, malahan ada yang lebih berani untuk lari dari rumah, menipu, mencuri malah ada yang tergamak tinggikan suara dengan orang tua.

Pembatu Rumah Kurang Ajar

Rata-rata majikan di Malaysia melayan mereka sama seperti ahli keluarga. Pelakon popular Umie Aida juga berkongsi pengalamannya mempunyai pembantu rumah yang bersikap kurang ajar.

Seperti yang disampaikan oleh Umie menerusi IG Stories, dia meluahkan rasa kecewa dan berang terhadap pembantu rumah yang bersikap kurang ajar dengan ibunya. Umie menasihati pengikutnya supaya jangan mudah bagi muka pada mereka, bimbang mereka akan pijak kepala kita suatu masa nanti.

Apa-apa pun, nasihat untuk majikan di luar sana, berhati-hatilah dengan pembantu rumah anda. Bukan bermakna mereka sudah bekerja lama di rumah, kita boleh percaya bulat-bulat pada mereka.

Sumber IG Umie Aida

IKLAN