Setelah ramai yang menanti tarikh persandingan pasangan romantis, Fattah Amin dan isterinya, Fazura akhirnya pasangan ini telah umumkan tarikh bersejarah mereka pada pihak media hari ini.

Bersanding 25 Februari 

Pasangan yang lebih dikenali sebagai FattZura ini telah memilih 25 Februari ini sebagai hari persandingan mereka. FattZura yang bernikah pada 27 November lalu akan melangsungkan majlis persandingan mereka di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Kisah percintaan mereka mula ‘dihidu’ peminat dan pihak media apabila kedua-duanya saling bergandingan dalam drama Hero Seorang Cinderella.

Tarikh Keramat FattZura 

Kronologi kisah hubungan dan Fattah dikuatkan lagi dengan tali pertunangan pada 13 November secara tertutup dan tidak lama kemudian mengerjakan umrah bersama-sama ahli keluarga mereka.

Sebaik sahaja pulang ke Malaysia, pasangan ini telah mengadakan sidang media mengenai spekulasi hubungan mereka dan seterusnya telah dinikahkan pada 27 November juga secara tertutup. Sampai begitu sekali penangan Fattzura ini! Adakah majlis persandingan mereka akan meraih gelaran ‘Wedding Of The Year’? Nantikan 25 Februari ini.

IKLAN