Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Tak Bawa Anak Angkat Ke London, Shahida Jawab Tuduhan Pilih Kasih

by Khai Azfar
February 14, 2018
Share on Facebook

Baru-baru ini Datuk Seri Aliff Syukri sekeluarga telah ke United Kingdom untuk bercuti. Namun begitu, timbul pula persoalan dari netizen yang tertanya dimanakah dua anak angkat beliau sehingga timbulnya tuduhan pilih kasih.

Penat Beri Kenyataan Yang Sama

Menjawab persoalan itu, isteri kepada Aliff Syukri, Datin Seri Shahida menolak dakwaan tersebut dan turut berasa penat menjelaskan perkara yang sama pada netizen.

Menurut Shahida, beliau dan suami bukanlah sengaja tinggalkan dua anak angkatnya, Qayyum dan Ameena.

Sebaliknya mereka tidak dibenarkan membawa dua anak mereka itu kerana masih terikat dengan peraturan yang ditetapkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selama dua tahun.

Datin Seri Shahida Beri Amaran

Tambahnya lagi, selepas dua tahun barulah mereka dibenarkan luar negara dan namun begitu Ameena hanya dibenarkan apabila dia mencecah usia 18 tahun memandangkan anak angkatnya itu bukanlah warganegara Malaysia.

“Penat dah saya terangkan, Qayyum dan Ameena tidak boleh dibawa ke luar negara selama dua tahun kerana masih di bawah jagaan JKM, selepas tempoh tersebut barulah boleh buat pasport. Memandangkan Ameena bukan warganegara Malaysia, dia mungkin dibenarkan membuat pasport setelah berusia 18 tahun. Buat masa ini kita ikut sahaja syarat yang telah ditetapkan”

Dalam masa yang sama, Shahida turut berharap agar netizen faham dengan situasi mereka sekeluarga dan berhenti melemparkan tuduhan yang tidak berasas.

“Jangan buat andaian mengatakan kami tak bawa sekali sebab mereka anak angkat. Kalau boleh kami nak bawa semua ke sini.Kadang-kadang pelik juga, ada haters yang tak suka kami tapi masih nak tahu perkembangan. Kita hidup ini kena gembira saja. Semua manusia tak sempurna, ada kebaikan dan keburukan. Kalau kita tak suka seseorang, jangan kutuk-kutuk”

Bersabarlah Datin, mungkin netizen diluar sana terlalu ‘prihatin’ sehingga segala aspek mahu dipersoalkan.

[VIDEO] Gelagat Amayan, Aliff Syukri & Bella Di Iklan Shopee Buat Ramai Berdekah- "Berhambur Air Liur"

Sumber Mstar Online

anak selebritidatin seri shahidadatuk seri aliff syukri
https://lomp.at/ky6f9
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Berita

Aeril Zafrel Tampil Beri Teguran Kepada Tareq Fit!-“Haritu Kau Cakap Aku Dayus..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel tampil memberikan teguran terhadap jurulatih kecergasan sensasi, Tareq Fit yang meluahkan rasa kesal terhadap penyampai...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Gossip

Isu Dayana Roza Persoal Kenapa Ramai Lelaki Melayu Curang, Reen Rahim Tampil Beri Respon!

by Naddy Joe
April 15, 2026

Pelakon, Dayana Roza membuat perkongsian bersama peminat selepas tular isu curang dalam perkahwinan orang ramai di media sosial, baru -baru...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  4. 4

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

  5. 5

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara