Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Shahida Sedih Aliff Syukri Sering Kali Dikecam Netizen

by Khai Azfar
February 27, 2018
Share on Facebook

Kecaman dan Datuk Seri Aliff Syukri seperti sudah sebati dengan dirinya. Manakan tidak, hampir setiap apa yang dilakukannya pasti akan menjadi sebutan netizen diluar sana.

Shahida Sedih Aliff Dipersendakan

Melihatkannya sering kali menjadi topik bicara, isterinya, Datin Seri Shahida turut berasa terpanggil memberi kenyataan mengenai Aliff setelah lama berdiam diri. Sebagai seorang isteri dan individu yang palin rapatnya, sudah tentu sedikit sebanyak beliau turut terkesan dengan kecaman yang diterima. Malah beliau turut berasa sedih apabila membaca kritikan yang berbaur cemuhan dan menjatuhkan.

“Sebagai isteri, tipu kalau saya tidak terkesan. Sedih memang sedih kerana banyak kritikan yang berunsur cemuhan dan menjatuhkan. Kritikan yang membina itu positif untuk penambah baikan di masa akan datang, tetapi apa yang banyak diterima adalah kritikan menjatuhkan. Kritikan sebegitu lebih berunsur kejian serta penghinaan yang boleh menjatuhkan maruah dan membuka aib. Buatlah apa saja, jika sudah benci, semuanya akan jadi tak betul. Saya juga ada berpesan kepada suami agar berhati-hati sebelum memuat naik apa sahaja foto, video serta kapsyen di laman sosial,”

Zaman Seni Dahulu Berbeza – Shahida

Shahida turut membandingkan zaman hiburan dahulu begitu berbeza dengan kini apabila melihatkan ada sahaja perkara dan isu hangat untuk diperkatakan.

Shahida seblum berkahwin dengan jutawan kosmetik ini, terlebih dahulu terlibat dalam dunia seni sebagai salah seorang penyanyi kumpulan nasyid Solehah yang turut dianggotai oleh Bienda.

“Suasananya berbeza. Dahulu, tiada kecaman hebat dan berbisa seperti sekarang. Lagipun, saya menganggotai kumpulan nasyid, pastinya keadaan yang saya lalui berbeza berbanding selebriti lain. Sekarang zaman internet, semua orang ada akses menerusi telefon pintar dan kemudahan ada dihujung jari sahaja. Banyak perkara boleh ditimbulkan oleh sesetengah pihak dan dijadikan isu hangat,”

Ada benarnya apa yang diperkatakan oleh Shahida. Malah dalam beberapa video Aliff juga sering kali terlihat Shahida menasihati suaminya itu. Semoga lebih tabah buat Aliff sekeluarga!

[VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

Sumber : Astro Gempak

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
datin seri shahidadatuk seri aliff syukri
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  2. 2

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  5. 5

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara