Kisah perceraian madu kepada pelakon Izreen Azminda, Intan Liana Salleh dan Ude Wahid mendapat perhatian ramai. Manakan tidak, selepas perkhabaran bahawa Izreen dan Ude berkahwin dalam diam pada tahun lalu, sangkaan rumah tangga mereka sudah pun baik hanyalah sekadar khabar angin sahaja. Malah Intan sendiri turut bingung mengenai keputusan suaminya itu memfailkan perceraian mereka meskipun beliau sendiri sudah reda dan masih menyayangi suaminya itu.
Ude dan Izreen Semakin Dibenci
Melihatkan berita itu yang semakin meluas, netizen memerli serta turut mengecam Izreen dan Ude dengan menganggap mereka seperti terlalu kejam dengan bersifat tidak adil pada Intan. Malah dalam ruang sembang portal terkenal, netizen terus menyelar kenyataan Ude yang memohon bahawa tidak menyalahkan Izreen dalam tindakannya ingin menceraikan Intan.
Sudah Tidak Ada Perasaan Cinta Terhadap Intan
Ude ketika ditanya mengenai punca memfailkan perceraian itu, mengaku bahawa beliau kini tidak lagi mempunyai sebarang perasaan cinta mahupun sayang terhadap Intan. Tambahnya juga, beliau dan Intan sudah tidak tinggal sembumbung sejak November tahun lalu.
“Seperti yang saya nyatakan bahawa keputusan untuk bercerai adalah jalan terbaik. Apa yang berlaku biarlah saya dan Intan Liana yang selesaikan. Izreen tidak pernah mencampuri urusan saya dan Liana. Sebelum ini orang menuduh saya melulu dengan berkata saya seorang bapa yang tidak bertanggungjawab, sedangkan kebajikan Intan Liana dan dua anak tidak akan saya abaikan”
Ude dan Intan sudah lima tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Arish Muqri dan Ariq Muqri. Manakala Izreen sebelum ini berstatus ibu tunggal dan turut mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adrian Umar.
Sumber : Berita Harian
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.