Selepas berhempas pulang serta berjuang untuk menurunkan berat badan selepas melahirkan anak, Kim Kardashian perlu berbangga dengan pencapaian beliau. Terima kasih kepada diet dan senaman rutin yang diamalkan oleh ibu ‘hot’ kepada tiga orang anak ini akhirnya kembali dengan tubuh badan yang langsing dan seksi.

Kim kenakan baju tradisional India © Vogue India

Dengan badan langsingnya, kini Kim bebas memakai apa sahaja pakaian yang dia mahukan. Isteri kepada Kanye West ini tidak lagi segan menunjukkan abs seksinya bersama dengan crop top, ataupun pakaian lain yang menunjukkan tubuh badannya itu.

Dan baru-baru ini Kim baru sahaja menjalani photoshoot terbaru bersama Vogue India. Beliau mengenakan baju tradisional India yang menunjukkan perutnya yang rata, murai.my pasti anda semua mesti makan hati kan???

Baju tradisional India yang diberi nama lehenga itu kelihatan sempurna di tubuh badan Kim yang seksi itu. Kombinasi warna merah gelap, emas dan kuning cair ini benar-benar memberikan kesan mewah dan glamor dalam penampilan Kim.

IKLAN

Bintang Keeping Up With The Kardashians itu pun menampilkan pose candid terbaiknya di depan kamera. Penampilannya juga disempurnakan dengan rambut blonde yang disengajakan kelihatan basah (wet look).

Selain gambar baju tradisonal itu, gambar seksi lain Kim di majalah tersebut Kim menggayakan plunging dress berwarna hitam dan juga gaun merah menyala. Apa pendapat pembaca murai.my dengan penampilan Kim kali ini?

IKLAN