Semalam. 1 Mac seharusnya menjadi tarikh yang paling bermakna buat Intan Liana Saleh dan Ude Wahid kerana pada hari inilah setiap tahun mereka akan menyambut ulangtahun perkahwinan mereka. Dan tanggal 1 Mac 2018 pula adalah ulangtahun perkahwinan mereka yang kelima.

Hari Paling Gembira Bertukar Duka

Namun begitu, hari yang paling bahagia tersebut kini bertukar menjadi duka apabila Intan menerima khabar berita bakal diceraikan oleh Ude selepas suaminya itu mengaku tiada lagi perasaan sayang pada isterinya itu. Terdahulu, pada hujung tahun yang lalu, Ude telah berkahwin secara senyap dengan pelakon Izreen Azminda sehingga menjadi kontroversi panas yang diperkatakan hingga hari ini.

Gambar Perkahwinan Jadi Kenangan

Malah lebih menyedihkan, Intan menerusi Insta Stories nya turut memuat naik gambar perkahwinannya terdahulu beserta kapsyen yang sedih. Rata – rata netizen yang mengikuti perkembangan mereka, memuji ketabahan Intan dalam mengharungi ujian ini. Apa pun sama – sama kita doakan yang terbaik untuk Intan dipertemukan dengan jodoh yang terbaik buat dirinya.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry