Nampaknya ramai peminat berpeluang meraikan pasangan pelakon Fattah Amin dan Fazura ke majlis persandingan kedua mereka di Royale Palace, Shah Alam, tempoh hari.

Keseronokan peminat semakin bertambah apabila pasangan ini turut meluangkan masa beramah mesra dan merakamkan foto kenangan bersama mereka. Tidak ketinggalan, Fattah dan Fazura juga turut menari tarian tradisional dan poco-poco bersama peminat sebelum menutup majlis.

https://www.instagram.com/p/BgMVMH-H7b-/?tagged=pocopoco

IKLAN

Namun secara kebetulan, pelakon dan pendakwah Abby Abadi telah memuatnaik video ceramah agama tentang tarian Poco-poco yang sebenarnya haram kerana dikatakan tarian ini ada pergerakkan berbentuk salib.

Teguran ini telah mendapat reaksi dari salah seorang netizen yang menghantar mesej secara peribadi kepada Abby di Instagram. Netizen ini menuduh Abby sengaja membangkitkan isu ini hanya untuk berniat memerli majlis persandingan Fattah Amin dan Fazura.

Walaubagaimanapun, Abby mengambil langkah untuk tidak ambil peduli dengan tuduhan ini malah dia lebih utamakan mencari rezeki dari melayan kerenah sesetengah netizen yang tak berpuas hati dengannya.

Bertabahlah Abby, inilah ujian apabila kite ingin berbuat kebaikan. Apa pun murai.my doakan Abby teruskan berdakwah demi Islam yang tercinta.