Bercakap tentang aktor serba boleh ini, memang semua peminat Bollywood mengenalinya. Aamir Khan memang sudah bertapak dalam karier di dunia hiburan sejak tahun 1984 hingga sekarang.

Bukan setakat jadi aktor, pada tahun 1999 Aamir Khan membuka syarikat produksi sendiri iaitu Aamir Khan Production. Ada beberapa filem karyanya yang sangat berjaya di bawah syarikat produksinya. Di antaranya Taare Zameen Par, 3 Idiots, Ghajini, PK dan Dangal.

https://www.instagram.com/p/BgUpUnqgh1A/?tagged=aamirkhan

Pada tanggal 14 Mac 2018, aktor Bollywood ternama Aamir Khan telah memutuskan membuat akaun Instagram. Pemilik nama sebenar Mohammed Aamir Hussain Khan ini telah menyambut ulangtahun ke 53 tahun.

IKLAN

Pada tahun 2014, Aamir Khan memang pernah mengklarifikasi menerusi akun Twitter bahawa dia tak pernah ada akaun Instagram. Kini untuk merayakan ulang tahunnya, bapa kepada 3 orang anak ini pun putuskan buat akaun Instagram.

Akun Instagram milik raja Bollywood ini terus ramai difollow netizen. Sehingga saat artikel ini ditulis Instagram milik Aamir Khan ini sudah memiliki 436 ribu follower dan dia belum follow akaun Instagram sesiapapun.

Lebih unik lagi, Amir Khan terus memuatnaik 9 gambar sekaligus. Dan ternyata, 9 foto itu merupakan gabungan dari potret ibunya, Zeenat Hussain.

Aamir Khan menulis pada foto ibunya itu, “The person because of whom I am who I am…”. Aktor hebat ini bersyukur telah dilahirkan dari ibunya yang hebat itu.

Sumber Bollyworm

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

IKLAN