Jika dilihat pada akaun Instagram milik penyanyi Black Hanifah, rata-rata pengikutnya sudah mengetahui bahawa dia kini berada di kota London, United Kingdom bagi memenuhi undangan mengadakan persembahan oleh Kelab Pemuda UMNO London.

Dia juga baru sahaja menyiapkan klip video single baharu berjudul Selamat Tinggal Masa bergandingan dengan Syamsul Yusof yang merupakan lagu tema filem KL Special Force.

Namun dalam banyak-banyak video dan gambar yang dimuat naik di sana, kami tertarik pada satu video ini di mana Black dengan selamba bertutur dalam loghat kedah dengan wanita Jerman. Reaksi wajah wanita itu terlihat terkebil-kebil memahami maksud apa yang Black cuba sampaikan. Lihat video di bawah;

“Hang tahu kedai makan mana yang sedap?” Tanya Black dengan selamba

Pandai juga Black ini melawak di negara orang. Dalam pada itu, video tersebut mendapat reaksi netizen yang menganggap tindakan Black ini sebagai kerja gila dan melucukan.

Sebelum ini, perkara yang sama dilakukan oleh Datuk Seri Aliff Syukri yang erpaksa menahan malu apabila reaksi spontannya menyanyikan lagu Abang Nak Tegur mengundang rasa kurang senang seorang pemuzik jalanan.

IKLAN

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Instagram, Aliff mendekati seorang pemuzik jalanan dan menyanyikan single terbaharunya itu di Portobello Road Market, London.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry