Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

‘Biar Bumi Telan Kak Uji’- Uji Rashid Malu Dengan Masyarakat

by Khai Azfar
March 16, 2018
Share on Facebook

Sebelum ini murai.my telah menyiarkan artikel dimana berita Primadona Uji Rashid telah diusir keluar dari kediamannya di Ampang sehingga terpaksa meminta bantuan untuk tinggal di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Bukan Diusir Keluar

Namun begitu, menurut pengurusnya Kit Rushuhaimin berita tersebut telah disalah anggap dan Uji dikatakan terpaksa menanggung malu selepas tersebarnya berita itu. Tambahnya juga terdapat kesilapan dan salah faham dalam kenyataan yang diberikan pada akaun Facebook menteri berkenaan selepas tularnya berita itu.

Katanya juga, Uji Rashid masih menetap di kediaman yang sama, namun mengakui kelewatan membayar sewa rumah itu membuatkan dia digertak agar mengosongkan rumah berkenaan.

Terdahulu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar menerusi laman Facebook nya telah mendedahkan penyanyi itu bersama anaknya, Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin atau lebih dikenali sebagai Cico dan cucunya hadir ke pejabat kementerian berkenaan bagi meminta bantuan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR). Menurut Noh, Uji Rashid melalui detik yang sukar ketika ini apabila telah diarah mengosongkan rumahnya di Taman Dagang, Ampang dipercayai kerana gagal membayar sewa.

“Dia masih tinggal di sana, cuma apa yang diberitahu ialah sering lewat membayar sewa membuatkan dia digertak untuk kosongkan rumah.Pihak menteri juga sudah menghubungi saya dan menyatakan permohonan maaf terhadap perkara berkenaan,”

Uji Makin Malu

Uji ketika zaman remaja nya

Menurut Kit juga, Uji kini terlalu malu untuk berhadapan dengan orang ramai kerana masyarakat mula memandang serong terhadap kehidupannya kini. Beliau juga semakin tertekan apabila pelbagai pihak cuba menghubunginya bagi bertanyakan hal berkenaan.

“Dia terduduk semalam selepas membaca berita tentang itu dan mengadu pada saya bahawa dia benar-benar malu untuk keluar berhadapan dengan orang ramai. Dia kata kepada saya, biar bumi telan kak Uji daripada dia hendak berhadapan dengan persepsi masyarakat terhadapnya, lagi pula dia perlu ke hospital pada hari Khamis sehari selepas berita itu tersebar. Anaknya Cico juga sedang sakit dan banyak duit dihabiskan untuk pembiayaan rawatan Cico,”

Bertabahlah Uji! Mungkin ini adalah ujian daripada-Nya dan mana tahu selepas ini akan ada ramai lagi yang bakal membantu. Sama – sama kita doakan.

Anak Ahmad Nawab Kecewa Dengan Uji Rashid, - "Kami Yang Tahu Cerita Dari Mula..."

Sumber Mstar Online 

cico harahapuji rashid
https://lomp.at/h1o34
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] Hariz Hamdan & Tracie Sinidol Beri ‘Hint’ Sedang Bercinta?-“We’re Making It Official..”

by Naddy Joe
May 6, 2026

Pelakon, Hariz Hamdan mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen istimewa bersama pelakon, Tracie Sinidol, baru-baru ini. Hariz menerusi video yang...

Read moreDetails
Gossip

Adira Suhaimi Kongsi Momen Backstage TTMM2, Kehadiran Jejaka Istimewa Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
April 29, 2026

Penyanyi, Adira Suhaimi mencuri perhatian selepas berkongsi momen backstage program realiti Talk To My Manager  2 yang disertai anak perempuannya,...

Read moreDetails
Gossip

“Niat Saya Hanya Mahu Lihat Beliau Lebih Anggun, Imej Sopan..”-Iqbal Zulkefli

by Naddy Joe
April 28, 2026

Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli tampil bersuara selepas pendapatnya yang mahukan usahawan, Datuk Seri Vida untuk berpenampilan minimalis disalah erti oleh...

Read moreDetails
Gossip

Razzi Bersuara Isu ‘Lelaki Jangan Miskin’, Norreen Iman Beri Respon!-“Terlajak Perahu Boleh Undur, Terlajak Post..”

by Naddy Joe
May 5, 2026

Suami kepada personaliti media sosial dan pelakon, Noreen Iman iaitu Razzi Razak tampil memberi penjelasan selepas video yang dimuatnaik sebelum...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  3. 3

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  4. 4

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

  5. 5

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara