Bercakap mengenai Juna dan Opi, pengikut di Instagram pasti mengenali mereka. Kedua-dua orang kanak-kanak ini sudah popular sejak lahir lagi dan mempunyai pengikutknya sendiri. Juna atau nama sebenarnya Bakti Arjuna Fitri adalah anak kepada Fynn Jamal manakala Opi pula adalah anak kepada selebriti Instagram, Atita Haris.
Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih
Buat anda yang tidak tahu, kedua-duanya mempunyai pertalian darah dimana mereka adalah sepupu! Terdahulu, Atita Haris telah berkahwin dengan Adam Harris, adik kepada suami Fynn Jamal. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Sofia ataupun lebih dikenali sebagai Opi.
Akan tetapi, takdir telah mengubah segalanya kerana perkahwinan Atita dan Adam tidak bertahan lama sebelum mereka mengambil keputusan untuk bercerai.
Tidak lama kemudian, Atita telah berkahwin dengan pelakon Nas-T serta Adam telah bekerja di Eropah. Terdahulu, khabar angin mengatakan bahawa Atita dan Fynn telah bergaduh dan saling unfollow di Instagram. Namun gambar terbaru ini menunjukkan bahawa hubungan kesemua mereka dalam keadaan baik.
Opi Dan Juna Bertemu Kembali
Sebelum ini juga, Opi dan Juna saling membesar bersama dan turut mencuit hati para pengikut di Instagram. Namun setelah konflik keluarga mereka terdahulu, kedua- dua mereka ‘berpisah’ sementara dan kian membesar.
Terkini, gambar mereka bercuti bersama telah meruntun hati ramai pihak serta terharu melihatkan mereka kini bersama kembali.
Benarlah kata orang, hubungan kekeluargaan itu umpama air yang dicincang tidak akan putus. Semoga hubungan keluarga besar ini sentiasa dalam ukhwahNya.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.