Pelakon dan penyanyi popular Abby Abadi yang terkenal dengan kelantangannya bersuara itu murai.my perhatikan semakin kurang mengambil bahagian dalam hal politik mahupun dunia hiburan.

Mungkin kerana sibuk dengan urusan rumahtangga telah membataskan Abby untuk keluar atau mengambil bahagian di mana-mana acara seumpamanya.

Namun di Instagram miliknya, Abby terlihat sibuk bersama keluarga dan terbaru dia dan anak-anaknya berkesempatan bersiar-siar di Ibu kota menaiki pengangkutan awam.

Gambar Zouk dalam IG Stories di Kecam

Menerusi salah video yang dimuat naik, Abby meluahkan rasa kecewanya dengan sikap segelintir orang Melayu yang gemar memberi keutamaan isu remeh temeh sedang kan banyak lagi isu yang lebih besar patut ambil peduli.

Kekecewaan ini bermula selepas Abby secara tak sengaja memuatnaik gambar pusat hiburan popular, Zouk di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur.

“Lepas Isyak, kami bersiap-siap untuk berjumpa dengan seseorang di sebuah restoran yang di tetapkan. Suami guna google maps, guna waze, tak jumpa. Walaupun hanya di Kg Pandan tapi kami memang tak tahu. Lepas itu orang yang saya nak jumpa tu siap buat video, bagitahu restoran tu belakang Zouk.

Waaaa Zoukk saya kata. Dania tanya Zouk tu apa. Saya jawab disko. Betulah kan? Ke salah? 

Lepas itu bila lalu depan Zouk, saya ambil lah gambar dan kongsi dekat story, sebab mmg tak pernah tahu Zouk ada dekat situ. Sekali bertubi-tubu kena serang daaaa ?”

IKLAN

Berikut antara serangan netizen terhadap kenyataan Abby.

Dikaitkan Dengan Neelofa

Bila sebut pasa Zouk, sememangnya sudah menjadi isu sensitif. Ini kerana sebelum ini kecoh di media sosial apabila berlangsungnya pelancaran tudung Naelofar Hijab dari Neelofa yang dinamakan #BeLofa. Yang menarik perhatian ramai bukanlah tudung tersebut, tetapi lokasi koleksi tudung itu dilancarkan, di mana bertempat di kelab malam Zouk.

Walaubagaimanapun, Abby merasakan orang Melayu makin sensitif dan gara-gara terlalu fanatik dengan artis pujaan mereka, dia diserang tak tentu pasal.

“Aiyooyooo apa tu? Sensitif sangat. Berdosa ke sebut Zouk? Kita sebut Altantuya, sebut Mongolia takde siapa pun peduli. Bila kita share gambar Zouk, kena maki. Kenapa gitu? 

“Sedih dengan mereka ini. Isu-isu yang patut diberi perhatian, langsung tak peduli. hal-hal artis, tak berkesudahan. Itu yang mereka sibukkan. Jangan taksub sangat dengan sesiapapun adik kakak sampai buat salah pun dipuji. “

Abby sendiri akui, kerana sikap segelintir orang melayu sebegini, ramai di antara mereka mudah ditipu kerana hal remeh-temeh yang dijadikan keutamaan berbanding dengan isu-isu negara.

“Patutlah melayu asyik kena tipu. Isu-isu penting, isu-isu negara buat tak peduli je… hal remeh temeh yang keutamaan. Kalau berterusan begini, makin merana lah hidup… sedih”

murai.my berharap Abby banyak-banyak bersabar. Kami berpendapat yang mengata itu sebenarnya orang yang kurang kasih sayang dari keluarga dan kurang akal.

Kita ramai-ramai berdoa semoga Makcik-makcik ini bertaubat dan terbuka pintu hati untuk berhenti kupas bawang!

https://www.instagram.com/p/BgmnitJFsGn0U3b7qm6_uMQvWyR-gj-4a28rd40/?taken-by=abby_abadi112