Lanjutan konflik di antara Serina Redzuawan dan bekas suaminya, Gavin Edward kini pelakon itu melaporkan Gavin memberi kenyataan yang tidak benar pada media selepas Gavin ditemu bual dalam sebuah rancangan hiburan.
Gavin Menipu!
Selepas disiarkan rakaman temubual tersebut, Serina turut memberi kenyataan balas di Instagram nya dengan mendakwa Gavin berbohong. Dalam temubual tersebut, Gavin menafikan segala tuduhan Serina malah dia juga tidak melupakan tanggungjawabnya untuk menghantar anak-anak ke kelas agama.
https://www.instagram.com/p/BgvOBuNhkxg/?taken-by=serinaredzuawan
Namun begitu seperti didakwa Serina itu hanyalah satu penipuan termasuk kes khalwat yang dinafikan oleh Gavin.
Ingin Dapatkan Hak Penjagaan Anak
Dalam perkembangan lain, terdahulu Serina merasa sedih dengan bekas suami kerana membiarkan anak mereka, Bella yang kelihatan lebam di mata dan tidak terus membawanya ke hospital.
https://www.instagram.com/p/BgvVTPtBl2c/?taken-by=serinaredzuawan
Melihatkan sikap Gavin yang menurut Serina semakin melampau, dia kini sedang berusaha untuk mendapatkan hak penjagaan anaknya.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.