Sudah lama juga kami tidak menonton filem seram Indonesia sejak filem Pengabdi Setan mula disiarkan dan mencetuskan fenomena nya tersendiri pada tahun lalu. Kali ini dengan kerjasama GSC Movies, kami berkesempatan untuk menonton sebuah lagi filem seram dari seberang, Mata Batin.
Menyeramkan Namun Jalan Cerita Seperti Insidious
Pujian harus diberi pada naskah Rocky Soraya ini kerana berjaya menimbulkan elemen seram sepanjang filem.
Malah pada permulaan filem anda sudah berdebar-debar melihatkan penampilan makhluk yang tak diundang di dalam Mata Batin. Malah penataan cahaya di dalam filem ini juga ‘kena’ dengan genre nya yang seram.
Namun begitu pada pertengahan sehinggalah pada penamat filem ini, ada sesuatu yang mencurigai kami kerana jalan cerita Mata Batin ini seakan sama dengan filem seram Insidious.
Manakan tidak, di dalam filem Mata Batin memperlihatkan kakaknya terpaksa masuk ke alam roh bagi menyelamatkan roh adiknya dari terus terperangkap di situ.
Manakala di dalam Insidious juga kita dapat melihat Josh telah ke dunia ghaib bagi menyelamatkan anaknya, Dalton yang terperangkat di dunia itu.
Malah kedua-duanya juga mempunyai persamaan dimana mereka menyelusuri lorong – lorong ghaib dan diganggu pelbagai makhlus halus yang berada disitu.
Apa-apa pun, filem ini perlu mempunyai bimbingan ibubapa untuk anak-anak yang turut menonton filem ini. Mata Batin akan mula ditayangkan pada 4 April ini diseluruh pawagam GSC berhampiran anda!
Sinopsis Mata Batin
Mata Batin atau lebih dikenali sebagai mata yang telah terbuka hijabnya mencatat lebih dari 1 juta kutipan di Indonesia menceritakan mengenai dua orang wanita bernama Alia lakonan Jessica Mila dan Abel lakonan Bianca Hello.
Kedua-dua orang tuanya telah meninggal dunia dan menyebaboan dua beradik ini terpaksa pindah ke rumah peninggalan bapanya di sebuah kawasan terpencil.
Namun begitu Abel sering kali bersikap aneh dan juga ketakutan apatah lagi menyukai rumah itu. Menurutnya di rumah itu ada sesuatu yang menghuni selain mereka.
Tidak percaya dengan adiknya, Alia menganggap adiknya itu terlalu tertekan dan ingin membawa Abel berjumpa pskiatri namun ditolaknya.
Menurut Abel mata batin nya sudah terbuka sejak kecil dan dapat melihat ‘mereka yang telah mati’. Abel kemudiannya mengajak Alia untuk menemui Bu Windu (Citra Prima), seorang dukun yang selama ini telah membantu Abel sejak kecil lagi.
Bagi membuktikan apa yang dilihat adiknya itu adalah benar, Alia meminta Bu Windu untuk membuka mata batinnya.
Sejak itu Alia sering kali diganggu makhluk-makhluk halus sehinggalah kemuncaknya terdapat roh sebuah keluarga di rumah mereka yang tidak tenteram dan mula mendedahkan punca pelbagai kisah mistik yang terjadi selama ini.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.