Monday, July 7, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result

Najib ‘Troll’ Komen Juri Masterchef UK Terhadap Rendang Ayam

by Phic ARMAN
April 3, 2018
Share on Facebook

Kontroversi penyingkiran salah seorang peserta Masterchef UK, Zaleha Kadir Olpin nampaknya telah menarik perhatian ramai rakyat Malaysia juga Indonesia. Kontroversi ini bermula selepas dua juri program itu membuat komen tidak munasabah terhadap rendang ayam yang dimasak oleh Zaleha.

Komen yang dibuat oleh kedua-dua juri itu turut mengundang kritikan chef selebriti terkenal tanah air, Chef Wan. Menurut Chef Wan, kedua-dua juri berkenaan tidak arif dalam bidang mereka, selain memberikan komen yang tidak adil kepada Zaleha.

“Dia (Zaleha) bukan menghidangkan Duck Ala Orange atau Confit D Carnard, kedua-duanya juga tidak memerlukan kulit yang garing.

Perdana Menteri Malaysia Persoalkan Komen Juri

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak turut mempersoalkan komen juri terhadap rendang ayam yang dimasak oleh Zaleha. Menerusi gambar rendang ayam yang dikongsikan Najib dalam laman sosial Twitter @NajibRazak, dia menulis:

“Mana ada orang makan rendang ayam ‘crispy’? #MalaysianFood”

Mana ada orang makan rendang ayam 'crispy'? #MalaysianFood pic.twitter.com/nWBbaVN8HY

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) April 3, 2018

Menerusi kenyataannya itu, ini membuktikan Najib juga mengikuti perkembangan program Masterchef UK dan agak tidak berpuas hati dengan keputusan juri dengan menyingkirkan perserta dari Malaysia.

Kulit Ayam Tidak Rangup

Terdahulu, dua juri MasterChef UK, John Torode dan Gregg Wallace tidak berpuas hati dengan hidangan nasi lemak yang disediakan Zaleha.

Wallace berpendapat kulit ayam yang dimasak Zaleha tidak rangup selain kuah berlebihan pada rendang menjadikannya sukar untuk dimakan.

Torode pula berkata, meletakkan ayam rendang di sisi nasi lemak adalah satu kesilapan besar.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/40b4p
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem