Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Akhirnya! Raja Ilya Dedah Punca Sebenar Tolak Tawaran Marvel

by Khai Azfar
April 5, 2018
Share on Facebook

Selepas memberitahu bahawa dia tidak akan ‘bersama’ dengan syarikat produksi antarabangsa, Marvel, Raja Ilya teruk dikecam netizen! Ada yang menganggapnya tidak lepas ujibakat tersebut malah ada juga yang mendakwa dia tidak menerima tawaran tersebut dan hanyalah penipuan semata-mata.

Ilya Bertegas Terima Tawaran Marvel

Menafikan dakwaan tersebut, Ilya dengan tegasnya berkata bahawa dia sememangnya menerima tawaran tersebut dan telah ke Hollywood setelah melepasi ujibakat yang dijalankan.

“Saya tidak bodoh untuk mengumumkan sesuatu yang belum ada pengesahan lagi. Saya ke Hollywood untuk menandatangani kontrak lakonan serta menghadiri sesi uji bakat filem itu. Selepas mendapat watak itu barulah saya mengumumkannya. Sudah tentu saya teruja berpeluang berlakon dalam filem terbitan francais besar”

Meskipun menolak tawaran tersebut, menurut Ilya rezeki berpihak padanya kerana terdapat tawaran lain untuk dia berlakon di pentas antarabangsa itu.

Ini Punca Sebenar Ilya Menolak Tawaran

Pasti ramai yang tertanya apakah sebab dan punca Ilya menolak untuk berlakon dalam produksi yang telah menghasilkan pelbagai filem adiwira terkenal seperti The Avengers, Captain America dan banyak lagi.

Menjelaskan punca mengapa dia tolak tawaran tersebut adalah kerana terdapat babak yang kurang sesuai dengan dirinya. Selepas membaca skrip yang diterima Ilya menganggap babak tersebut bakal menyentuh sensitiviti agama dan masyarakat dan dia berdiri tegas sebagai seorang wanita Islam yang masih mempunyai maruah.

“Ketika membaca skrip baru saya mendapati ada bahagian menyentuh sensitiviti Islam. Sudah pasti saya tidak mahu mencemar imej Malaysia dan maruah keluarga, jadi dengan berat hati saya terpaksa menolak lakonan itu”

Tepat seperti sangkaan kami! Sebelum ini kami telah senaraikan beberapa sebab Sandra Bullock Malaysia menolak tawaran ini dan berkemungkinan terdapat satu adegan yang tidak sesuai seperti bercium barangkali.

“Perkahwinan Bukan Tentang Cinta Sempurna”-Raja Ilya Akui Kadang-Kadang Perceraian Jadi Jawapan Terbaik

Tidak mengapalah Ilya, kerana anda sendiri sudah mendapat tawaran lain yang sudah pasti akan membanggakan rakyat Malaysia!

Sumber Harian Metro  Gambar Instagram Raja Ilya 

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
marvelraja ilyaraja ilya marvel
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara