Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home HotList

Wow! 10 Hal Ini Terjadi Ketika Anugerah MeleTOP Era 2018

by Khai Azfar
April 9, 2018
Share on Facebook

Semalam, (Ahad) telah berlangsungnya Anugerah MeleTOP Era (AME) 2018 yang bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil. Sebanyak 17 kategori anugerah telah dipertandingkan dan diputuskan oleh para peminat melalui undian.

10 Hal Yang Terjadi Ketika AME 2018

Disebalik kemeriahan acara yang berlangsung, di media sosial rata – rata netizen turut hangat memperkatakan mengenai AME kali ini. Ada yang memuji dan tidak kurang juga ada yang mengecam. murai.my bawakan 10 rangkuman hal yang terjadi pada AME 2018.

Perlian Nabil Terhadap Neelofa

https://murai.my/wp-content/uploads/2018/04/YAFLQr0Rn_qQwug-.mp4

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pengacara sensasi, Nabil Ahmad yang terkenal dengan sikapnya yang suka ‘membahan’ orang lain ketika sedang mengacara. Mungkin kerana jiwa pelawak yang sudah sebati dengannya membuatkan Nabil selesa begitu.

Ketika AME 2018, rakan pengacaranya Neelofa turut menjadi mangsa perlian Nabil. Antaranya ketika Neelofa bergandingan bersama Zul yang membuatkan Nabil terus memerli selebriti itu.

Pujian Kepada Datuk Rosyam Nor dan Datuk Aznil Nawawi

Ketika Anugerah Khas diumumkan milik Datuk Harjit Singh Sullon, kelihatan Datuk Rosyam Nor dan Datuk Aznil Nawawi terus berdiri memberi penghormatan berbanding orang lain yang hanya berdiri untuk seketika.

Untuk anda yang tidak tahu, Datuk Harjit adalah Penyampai Berita Televisyen yang Paling Lama Berkhidmat iaitu selama 43 tahun dan turut diiktiraf di dalam Malaysia Book of Records.

Pakaian Neelofa Yang Serba Tidak Kena?

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Melihatkan pakaian Neelofa pada malam itu seperti ada sahaja yang tidak kena. Bermula dengan turban yang dipakai Lofa seperti kain veil yang membalut hamper, pakaiannya juga persis kucing di dalam filem Alice In The Wonderland.

Bukan kami yang gelarkannya, namun ianya dipetik dari kenyataan para netizen di media sosial.

Ruffedge Bikin Axiata Gamat!

YouTube video

Kemunculan Ruffedge benar-benar bikin stadium Axiata gamat! Setelah sekian lama akhirnya, kumpulan ini muncul semula dan turut disorak ramai peminat termasuk rakan – rakan artis!

Ramai Yang Mahukan Sherry Al-Hadad dan Aliff Satar Sebagai Pengacara AME

Sherry Al-Hadad dan Alif Satar turut diundang menjadi pengacara jemputan AME. Melihatkan gandingan mereka yang cukup serasi, ramai peminat mahukan kedua-dua selebriti ini menjadi pengacara AME.

Tidak dinafikan pada AJL terdahulu gandingan mereka turut dipuji. Perfecto!

Syamel Dan Ernie Rosakkan Lagu Perfect?

Ramai yang kecewa sebenarnya tatkala gandingan vokal duo terbaik, Syamel dan Ernie tidak menyanyikan lagu berhantu mereka, Ada Cinta.

YouTube video

Sebaliknya mereka mendendangkan lagu Perfect dari Ed Sheeran dan turut menerima kecaman apabila dikatakan telah merosakkan lagu tersebut. Apa kata anda?

Rambut Ernie Zakri Persis Bawang

Selain daripada itu, Ernie turut menerima kecaman netizen apabila dandanan rambutnya pada malam itu kelihatan seperti bawang. Akuinya sambil berseloroh, Ernie tetap memuji jurusolek yang membuat dandanan rambutnya.

Neelofa Hampir Tersadung Di Atas Pentas

Ketika bergandingan bersama Zul Ariffin di atas pentas, Neelofa turut hampir tersadung kerana pakaian yang digayakannya kelihatan seperti meleret.

https://murai.my/wp-content/uploads/2018/04/WbfsCtLXYiPJK0Pu.mp4

Mujurlah Zul berada disitu dan sempat memaut tangan aktor itu. Namun insiden tersebut turut menjadi ‘bahan’ Nabil pada malam itu.

Kemunculan Hantu Kak Limah Di AME 2018

Sebelum munculnya ‘hantu kebaya merah’ yang tular baru-baru ini, Hantu Kak Limah sudah punyai fenomena nya sendiri.

gambar : MeleTOP

Malah kemunculannya di AME 2018 turut menggamit keadaan sebagai tanda hantu ini bakal ‘kembali’ tidak lama lagi.

Anugerah Neelofa

Maafkan kami sekiranya kami asyik menyebut nama Neelofa. Namun begitu tidak dinafikan AME 2018 adalah milik Neelofa kerana tumpuan banyak diberi padanya.

gambar : MeleTOP

Yang menjadi kritikan pedas netizen adalah ‘dia sendiri host, dia sendiri tercalon, dia sendiri announce, dia sendiri jugak umumkan pemenang. Then nak sampaikan hadiah pun dia sendiri’ . Deep!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Terasa Gelap Masa Depan, Nabil Ahmad Akui Menangis Ketika Dapat Surat "Direhatkan"
ame 2018anugerah meletop erahantu kak limah ame 2018nabil ahmadnabil perli neelofaneelofarambut ernie zakriruffedge
https://lomp.at/6810q
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem