PRU 14 & Konsert Bruno Mars Mana Pilihan Anda?

10
KONGSIAN

Kecoh! Itulah yang terjadi ketika tarikh pengundian pilihanraya ke-14 (PRU 14) diumumkan jatuh pada hari Rabu, 9 Mei 2018. Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati kerana tarikh tersebut jatuh pada hari bekerja. Namun kami difahamkan semua sekolah telah diberikan cuti peristiwa manakala majikan pula telah memberikan cuti pada tersebut.

Konsert Bruno Mars Jatuh Pada 9 Mei

Terdahulu, penyanyi antarabangsa Bruno Mars dikhabarkan bakal datang ke Malaysia bagi menjayakan konsertnya dan tarikhnya pun sudah diketahui ramai. Akan tetapi tarikh tersebut telah ‘jatuh’ pada hari yang sama pada hari mengundi iaitu 9 Mei.

Kebanyakan peminat Bruno Mars ternyata sedikit kecewa kerana tanggungjawab pada negara harus ditunaikan namun mereka tetap enggan melepaskan peluang untuk menonton konsert yang julung kali diadakan itu.

Bakal Ditunda?

Menyedari akan pelbagai persoalan telah dibangkitkan oleh peminat penyanyi ini, pihak pengurusan konsert melalui pengumuman rasmi mereka di Facebook menyatakan pihak mereka akan membuat kenyataan susulan adakah konsert ini bakal diteruskan mahupun ditunda ke satu tarikh yang lain.

Namun begitu, hasil tinjauan terkini kami mendapati pihak pengurusan konsert telah membuat keputusan untuk meneruskan konsert tersebut memandangkan semua 12,000 ribu tiket telah habis dijual dan penyanyi tersebut juga telah membuat persiapannya.

Ini bukanlah kali pertama konsert jatuh pada hari mengundi kerana sebelum ini konsert penyanyi Opera, Andrea Bocelli turut diadakan pada hari yang sama dengan hari pengundian pilihan raya pada 2013.

Nasihat kami, jika anda sayangkan negara anda, apa kata tunaikan dahulu kewajipan dan teruskan menonton konsert ini di sebelah malamnya. 5 setahun sekali bukan?

+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.