Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

5 Penyanyi Rap Wanita Tempatan Yang Luar Biasa!

by Khai Azfar
April 12, 2018
16
KONGSIAN
Share on Facebook

Jika imbas kembali, genre rap dan hip-hop semakin diterima dalam industri hiburan negara. Namakan sahaja Joe Flizzow, Sona-One, Malique dan ramai lagi, mereka berjaya mempelopori industri ini dengan mengecapi pelbagai anugerah. Malah ada diantaranya dinobatkan sebagai juara lagu suatu ketika dahulu.

5 Penyanyi Rap Wanita Ini Memang Luar Biasa!

Namun begitu, perhatian lebih diberi kepada penyanyi rap lelaki berbanding wanita. Tidak ramai yang sedar akan bakat yang turut dimiliki oleh penyanyi-penyanyi rap wanita ini.

Siapakah mereka? murai.my bawakan 5 penyanyi rap wanita yang sememangnya luar biasa!

Zizi Kirana

YouTube video

Nak ke tak nak lepak mamak?.. Begitulah uniknya bait lirik lagu terbaru Zizi Kirana. Dia sememangya berbakat besar! Bermula dengan menjadi pelajar Akademi Fantasia 7 dan kemudiannya menganggotai kumpulan The Fabulous Catz, Zizi kini tampil solo dengan lagu-lagu berunsuran rap, hip-hop dan malar segar.

Mimi Fly

YouTube video

Antara penyanyi rap wanita paling popular di Malaysia. Mimi Fly terlebih dahulu mencipta namanya menerusi kumpulan One Nation Emcess sebagai vokalis utama. Selepas dibubarkan, Mimi tekad untuk tampil solo dan semakin diterima peminat menerusi lagu terbarunya Superfly. Mimi juga digelar oleh peminat sebagai Rihanna Malaysia!

De’Fam

YouTube video

Dianggotai oleh Sophia Liana, Cik Manggis dan Azira Shafinaz, kumpulan De Fam merupakan kumpulan artis wanita di Malaysia dan satu-satunya kumpulan wanita yang ada di Malaysia pada dekad ini. Kesemua mereka bukan sahaja boleh rap malah De’Fam unik kerana mengabungkan tarian dan vokal dalam kumpulan mereka.

Nyawa Terancam, Zizi Kirana Dedah Kapal Misi Gaza Dihujani Letupan

Kayda

https://youtu.be/42d0FQKMkv8

Kayda atau nama sebenarnya Wan Nur Khaleda Roslan Aziz adalah anak kepada Datuk Sheila Majid dan bekas suaminya, komposer Datuk Roslan Aziz. Siapa sangka darah seni yang mengalir padanya membuatkan dia mengikut jejak langkah ibunya dengan menjadi seorang penyanyi. Kayda popular menerusi lagu-lagu rap seperti Go Hard or Gostan (bersama Hunny Madu), Gucci Dowh (bersama Hunny Madu), AV (bersama RubbaBend, Nadhira, Hunny Madu, Shikara, Al Caponey dan Supa Mojo) dan Your Call (bersama Radio3000).

Hunny Madu

YouTube video

Bukan sahaja bergelar penyampai radio, malah Hunny Madu sebenarnya adalah seorang penyanyi rap! Hunny atau nama sebenarnya Hani Farhana Mohd Hatim adalah pengacara dan penyanyi yang tidak asing dalam dunia hiburan tanahair. Dia juga merupakan adik kepada penyampai radio Fly FM, Hafiz Hatim.

body {
-webkit-user-select: none !important;
-moz-user-select: -moz-none !important;
-ms-user-select: none !important;
user-select: none !important;
}

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
de famhunny madukaydamimi flypenyanyi rappenyanyi rap wanitapenyanyi rap wanita malaysiazizi kirana
Share6Tweet4SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  2. 2

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  5. 5

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara