Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Dipenjara! Anak Menangis Setiap Hari Cari Azri AF9

by Khai Azfar
April 23, 2018
Share on Facebook

Pada Mei 2016, penyanyi yang juga Peserta Akademi Fantasia (AF) musim ke-9, Mohammad Azri Abdullah telah dituduh mencederakan anak tirinya yang berusia 9 tahun.

Disabit Bersalah

Pada jumaat yang lalu, Azri telah disabitkan bersalah kerana mencelup kedua-dua tangan anak tirinya itu ke dalam air panas sehingga dimasukkan ke wad selama 19 hari atas kecederaannya yang serius. Penyanyi itu bakal dipenjara 14 hari dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya sebentar tadi atas tuduhan tersebut.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut kronologi kes, ketika kejadian mangsa yang ketika itu berumur sembilan tahun tidak mengaku mengambil coklat menyebabkan tertuduh mengambil sebuah periuk yang berisi air panas dan mencelup kedua-dua belah tangan anak tirinya itu.

Anak Setiap Hari Menangis 

Hakim Norshila Datuk Kamaruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Azri yang kini berniaga kek dan pastri, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah pada hari pertama perbicaraan kesnya khamis yang lalu dan mahkamah menjatuhkan hukuman pada hari jumaat.

Malah mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula pada hari tersebut dan jika gagal membayar denda, dia bakal dipenjara selama enam bulan.

Dalam perkembangan lain, isteri Azri yang juga penyanyi Salma memberitahu anak-anak mereka setiap hari menangis mencari suaminya terutama anak mereka yang bongsu. Malah semalam(Ahad), Salma mengagahkan diri dan menepis rasa malu menjayakan konsert di Johor seperti yang dijadualkan.

“Setiap hari anak-anak menangis cari bapa mereka. Saya juga kena kuat dan tidak boleh lemah depan mereka. Apa yang saya lakukan hanya mampu berdoa,”

Meskipun begitu, Salma berterima kasih kepada semua keluarga, rakan dan peminat yang tidak putus memberikan sokongan dan kata semangat kepada mereka sekeluarga.

Azri dan Salma berkahwin pada 31 Jan 2015 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. Salma juga mempunyai dua anak iaitu mangsa dan seorang anak lelaki menerusi perkahwinan terdahulu.

Sumber  Harian Metro

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
azriazri Af9azri af9 dipenjaraazri dan salmasalmasalma mentor
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara