Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

‘Sukar Bercakap Dan Makin Lemah’- Fendy Bakry Ditimpa Penyakit Misteri

by Khai Azfar
April 26, 2018
Share on Facebook

Ketika drama bersiri, Mr Grey yang ditayangkan di Astro Ria semakin mendapat sambutan, timbul pula satu khabar berita yang tidak diduga mengenai pelakon utama drama ini, Fendy Bakry yang telah ditimpa satu penyakit misteri.

Keadaan Semakin Lemah

Khabar berita itu telah disahkan sendiri oleh kakak pelakon ini yang mendakwa keadaan Fendy semakin lemah termasuk pergerakannya terbatas manakala pertuturannya juga semakin tidak jelas.

“Maaf… Fendy tidak boleh menjawab panggilan ketika ini kerana dia sukar bercakap. Keadaannya juga lemah selain pergerakannya terbatas sampai hendak pegang telefon pun tidak boleh,”

Terdahulu, Fendy dilaporkan telah mengalami sakit kepala dan badannya juga lemah ketika menjalani penggambaran drama Mr Grey terbitan Global Station.

Dapatkan Rawatan Perubatan Islam

Melihatkan pada keadaannya itu,Fendy sudah pun mendapatkan rawatan pakar di hospital namun keadaannya masih sama. Dalam pada itu, pelakon yang berusia 30 tahun ini kini berada di kampung halamannya di Perlis untuk mendapatkan rawatan secara perubatan Islam.

“Setakat ini kami (keluarga) sudah membawanya menjalani beberapa pakar rawatan perubatan Islam namun keadaannya masih sama.Insya-Allah kami akan terus berusaha dan saya bagi pihak keluarga juga berterima kasih kepada peminat yang tidak jemu-jemu mendoakan kesihatan Fendy,”

Zaiton Terkejut

Dalam perkembangan lain, produser Global Station Sdn Bhd yang merupakan penerbit drama bersiri itu, Datin Zaiton Mohamad Jiwa pula terkejut dan memberitahu Fendy pernah dimasukkan ke hospital ketika penggambaran drama itu hampir selesai sekitar tiga minggu lalu.

“Saya sendiri terkejut dengan keadaan kesihatannya yang agak teruk dan kami terpaksa menangguhkan penggambaran selama seminggu kerana Fendy dimasukkan ke hospital.

Namun saya puji dia kerana tetap mengagahkan diri bagi menyelesaikan penggambaran walaupun keadaannya belum benar-benar pulih.m Besar harapan saya agar keadaannya kembali pulih kerana dia mempunyai bakat besar dan boleh pergi jauh sebagai pelakon,”

Sejak kebelakangan ini, ramai selebriti turut menerima nasib yang sama. Adakah ianya kerana perbuatan khianat seseorang ataupun sebaliknya? murai.my mendoakan agar Fendy kembali pulih seperti sediakala.

Topik Berkaitan Fendy Bakry Debut Sebagai Penerbit Teater, Naskhah Usman Awang Jadi Pilihan Sulung

Sumber MStar Online Gambar Instagram Fendy Bakry

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
fendy bakryfendy bakry instagramgambar fendy bakrymr greypelakon mr grey
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara