Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Apa Kes? Ara Johari Rakam Sedutan Filem Avengers Di Pawagam

by Khai Azfar
April 27, 2018
Share on Facebook

Pada artikel kami yang lalu mengenai ulasan filem Avengers: Infinity War ada menyebut pihak Marvel memohon untuk tidak mendedahkan jalan cerita filem itu bagi menghormati peminat yang masih belum berkesempatan menontonnya.

Ara Johari Rakam Sedutan Filem Avengers :Infinity War

Baru-baru ini pula, jenama panggung wayang terkenal, GSC Cinemas menzahirkan rasa kecewa serta memohon kepada semua penonton untuk merakam atau mengambil gambar mana-mana sedutan filem dalam apa cara sekalipun.

Namun begitu, semalam penyanyi yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia 2017 Ara Johari dilihat telah merakam beberapa saat sedutan filem keluaran Marvel itu di Insta-story nya. Malah dia juga seperti sengaja mendedahkan pengakhiran filem itu dengan mentafsirkannya sebagai sedih.

Netizen Marah Dengan Ara

Perbuatannya itu sekali gus telah mencetuskan kemarahan netizen di media sosial dan turut beranggapan bahawa penyanyi yang kini popular dengan lagu Bunga itu sengaja mencetuskan provokasi bagi menaikkan namanya kembali.

Sedar akan kemarahan daripada netizen, Ara mempertahankan tindakannya itu dengan menganggap netizen tiada hak untuk mempertikaikannya kerana itu adalah Instagram peribadinya.

Malah dia juga ‘berpesan’ kepada pengikutnya di Instagram supaya segera menonton filem itu jika mereka tidak mahu melihat ‘spoiler’ kepada filem ini.

Boleh Dikenakan Tindakan

Suka untuk murai.my ingatkan adalah menjadi satu kesalahan jika mana-mana individu cuba berbuat demikian dimana-mana pawagam.

"Penat Saya Jaga Kereta Tau!" – Ara Johari Luah Geram Axia Kuning Langgar Lari, Tak Minta Maaf

Nak tahu mengapa? Perbuatan tersebut boleh mengakibatkan sesuatu negara disenarai hitam oleh mana-mana studio filem. Malah pernah satu ketika dahulu GSC menerima amaran dari studio filem Jepun, di mana studio filem tersebut mahu menghentikan tayangan di Malaysia, kerana ada individu yang merakam video tayangan tersebut dan memuat naiknya ke Facebook.

Jadi pesan kami, tidak kira siapa pun anda perbuatan seperti ini seharusnya dihentikan dan Ara pula mungkin boleh beri contoh yang terbaik pada peminatnya kelak.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ara johariara johari rakam filem dalam wayangAvengers: Infinity Wargsc movies
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara