Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

5 Hal Menarik Rara Othman, Ahli Politik Yang Layak Digelar Paling Jelita

by Phic ARMAN
May 3, 2018
21
KONGSIAN
Share on Facebook

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman atau Rara yang bertanding dalam PRU14 yang lepas telah mencuri tumpuan masyarakat berikutan rupa parasnya yang menawan dengan penampilan bertudung.

Menurut satu laporan dari Sos Cili, sebelum menyertai politik, Rara sendiri cukup terkenal dan mempunyai kira-kira 5,000 pengikut di Instagram dan 7,000 di Twitter, dan gambarnya diedarkan secara meluas semasa Bersih 3.0, dan dari situ dia dapat nama panggilan ‘Puteri Bersih’.

Tidak keterlaluan jika kami di murai.my katakan, Rara antara calon wanita bertudung yang paling jelita bertanding untuk PRU14. Tak percaya? Jom lihat foto-foto pesona Rara dan sedikit info tentang wanita jelita ini.

Memilih DAP

Rara mula menjadi bualan hangat berikutan keputusannya untuk menjadi ahli seumur hidup parti DAP pada tahun 2013. Orang ramai memberikan pelbagai reaksi terhadap wanita muda yang tampil dengan imej bertudung itu mengenai keputusannya memilih DAP, parti yang lebih sinomim dengan kaum Cina.

Matlamat Dalam Parti

Anak keenam daripada tujuh beradik itu berkata, salah satu matlamatnya dalam parti itu adalah untuk menarik lebih ramai Melayu supaya stigma DAP hanya khusus kepada parti Cina dapat dihakis.

Lulusan Diploma

Anak jati kelahiran Setiawan, Perak ini pelajar lulusan diploma dalam bidang kejururawatan.

Perjuangan

Antara isu yang diperjuangkan oleh Rara dalam arena politik adalah lebih kepada isu gelandangan dan ibu tunggal.

Perkahwinan

Rara bergelar isteri kepada pengurus pelaburan, Muhamad Masyhur Abdullah di mana mereka melangsungkan pernikahan pada September 2016. Mengenai perkembangan terbaru, Rara telah sah bercerai talak satu pada 7 Mac 2019. Dipetik dari Utusan, Hakim Mahkamah Syarie, Mohd. Saifullah Hamzah yang merekodkan lafaz tersebut memerintahkan ADUN berkenaan beridah selama tiga kali suci, dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sumber IG Young Syefura

Error happened.
DUN ketarijelitamenawanMuhamad Masyhur AbdullahPRU14rara othmansyefura othmanwanita cantik
https://lomp.at/fx9i2
Share9Tweet5SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara