Monday, December 16, 2024

Anuar Zain Sifatkan Netizen Sekarang Semakin Kurang Ajar

Hampir dua bulan kes suami pelakon dan penyanyi Ziana Zain iaitu Armin Zaharin yang didakwa mencederakan anak berlarutan hingga ke hari ini.Hal ini membuatkan ramai netizen yang tak putus-putus membuat spekulasi buruk tentang hubungan pasangan ini.

Perkara ini turut disedari oleh adik Ziana, Anuar Zain yang memohon supaya netizen tidak menulis sesuatu perkara negatif dan membuat spekulasi mengenai situasi rumah tangga kakaknya.

Dalam laporan dari Harian Metro, Anuar berkata tindakan netizen yang menulis sesuka hati dianggap sebagai kurang ajar.

“€œNetizen kadang-kadang menulis sesuatu di media sosial tanpa usul periksa dan saya boleh katakan kurang ajar. Mereka suka menulis bukan-bukan tanpa tahu hujung pangkal.

“€œKalau boleh, hormatlah kakak saya dan situasi yang terpaksa dihadapinya sekarang,”€

Anuar menyifatkan kakaknya merupakan seorang wanita yang setia dan dia akui sesibuk mana Ziana berkerja , dia tidak pernah mengabaikan anak-anaknya.

“Kakak saya seorang wanita yang setia. Saya kenal hati budinya. Anak-anaknya pun lagi rapat dengan kakak kerana dia penyayang. Kalau marah, ada jugalah sikit tetapi, tidaklah sehingga menakutkan anak-anak. Sesibuk mana pun kakak saya bekerja, dia tetap akan beri perhatian kepada anak-anaknya”, katanya.

Terdahulu, Armin berkeras enggan menceraikan Ziana secara baik, selagi belum bertemu dengan kesemua empat anaknya.

Gambar : NSTP/ROSLIN MAT TAHIR

Menurut dari laporan Utusan Online, Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah di sini, Mohd. Nizar Mohtar meme­rintahkan keputusan perceraian pasangan tersebut hanya akan ditetapkan pada 28 Jun ini kerana perlu mendengar keputusan laporan jawatankuasa pendamai terlebih dahulu.

Sumber Harian Metro & Utusan Online

+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

HOT MINGGU INI