Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Inspirasi

Fizo Omar Bangkit & Gagah Semula Apabila Bankrap

by Ayden Mikhael
May 26, 2018
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Fizo Omar mengakui kekayaan serta wang ringgit bukanlah penentu utama kepada kebahagiaan. Menurut pemilik nama sebenar Wan Hafizol Wan Omar, dia belajar mengenal erti kebahagian ketika mengalami zaman kejatuhan sewaktu bujang.

“Alhamdulillah, kehidupan saya semakin baik semenjak kelahiran puteri sulung saya dan isteri. Saya dapat rasakan kebahagian itu.

“Sebab masa zaman bujang saya terlalu mengejar karier dan kewangan. Tapi apabila Allah uji saya jatuh bankrap dan kena tipu. Dari situ saya mula mengenal erti kebahagian.

“Tak semestinya kita ada duit, kita boleh bahagia. Proses yang saya jatuh tu, saya banyak belajar,” kata Fizo Melalui mStar online.

Tambah Fizo, dia menyepi dalam dunia hiburan dalam industri seni selama empat tahun sebelum ini kerana mahu memberi tumpuan kepada perniagaan.

Katanya lagi, perancangan Allah itu sangat sempurna apabila dia dan isteri, Mawar Karim dikurniakan cahaya mata pertama selepas selepas empat tahun berumah tangga.

“Saya hilang selama empat hingga lima tahun ini sebab nak fokus pada perniagaan. Bagi ruang untuk diri belajar. Saya pernah tertanya kenapa Allah tak beri rezeki anak awal?

“Apabila fikir balik, kalau Allah bagi anak waktu itu, mungkin saya tak dapat luangkan masa dengannya. Saya kerja keras keluar pagi, balik tengah malam.

“Kadang-kadang ada kerja luar seminggu. Isteri pun sama. Susunan Allah itu cantik. Selepas perniagaan kami semakin baik, baru dikurniakan bayi.

“Kami ada masa untuk bersama dan saya juga boleh bekerja dari rumah sahaja. Duit tak banyak tapi cukuplah untuk menampung keluarga kecil saya,” Kata Fizo.

Fizo dan Mawar telah mendirikan rumah tangga pada November 2013 lalu. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Wan Maryam yang lahir pada 29 Disember lalu. Fizo dan isteri melancarkan buku bertajuk “Bangkit Bila Bankrap” pada awal Mei 2018.

[VIDEO] Gelagat Mariam, Anak Fizo & Mawar Curi Perhatian, “Petahnya Bercakap”

Sumber : Mstar Online

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
fizo omar
https://lomp.at/evpsr
Share4Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem