Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Nurul Shamsul Gadis Berhijab Pertama Sertai Miss Universe New Zealand

by Khai Azfar
June 5, 2018
Share on Facebook

Umum mengetahui bahawa saban tahun akan ada penyertaan dari negara kita untuk Miss Universe. Malah setiap negara turut mengadakan acara ini di peringkat kebangsaan sebelum menghantar wakil ke peringkat dunia. Bezanya dengan negara kita, penyertaan wanita beragama Islam dan berhijab telah pun dilarang sama sekali.

Nurul Shamsul Gadis Berhijab Pertama Sertai Miss Universe New Zealand

Terbaru, tular di media sosial mengenai penyertaan peserta gadis beragama Islam dan berhijab dalam pertandingan ratu cantik Miss New Zealand. Beliau yang dimaksudkan adalah Nurul Shamsul, seorang gadis Melayu berumur 20 tahun yang telah berjaya disenarai pendek sebagai peserta Top 20 dalam pertandingan itu.

Nurul bersama Raja Sarina Iskandar, cucunda Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim,

Berasal Dari Ampang

Menariknya lagi,Nurul berasal dari Ampang, Selangor, dan dibesarkan di New Zealand dimana beliau merupakan satu-satunya peserta berhijab pertama yang berjaya mara ke pentas akhir pertandingan ratu cantik New Zealand.

Nurul mempunyai darah campuran di mana ibunya berasal dari Indonesia dan bapanya pula adalah seorang rakyat Malaysia. Bagi penuntut University of Waikato ini di Twitter nya, penyertaannya itu sebagai sesuatu yang memecahkan stereotaip dan berharap agar niatnya itu tidak disalah tafsir.

View this post on Instagram

A post shared by Nurul Zuriantie Shamsul ? (@nurulzbshamsul)

Tambahnya juga erti sebenar kecantikan dapat digambarkan dengan betul dan tidak hanya terhad kepada paras rupa dan bentuk badan semata-mata. Adakah Nurul bakal mara ke peringkat akhir? Sama-sama kita nantikan!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
miss universemiss universe new zealandmiss universe new zealand 2018nurul miss universe
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Sajian Dalam Sungai Cetus Perdebatan, Netizen Bangkitkan Isu Kebersihan Dan Keselamatan Makanan

  2. 2

    Ramai Tak Tahu! Kebun Rimba Private Estate Di Janda Baik Ini Ada Vila Mewah Tengah Hutan & Rumah Kampung Tradisional

  3. 3

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  4. 4

    Saluran TV6 RTM Tamat Siaran Mulai 1 Julai, Peminat Luah Kecewa,- “Janganlah Tutup…”

  5. 5

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara