Sejak kebelakangan ini nama Dinda Syarif  mencuri perhatian umum di Indonesia dengan statusnya sebagai seorang transgender. Namun melihat penampilan dan wajahnya, ramai juga yang menyangkakan Dinda adalah wanita tulen.

Walaubagaimanapun Dinda Syarif tidak pernah menafikan kenyataan bahawa dirinya dilahirkan sebagai seorang lelaki. Baru-baru ini Dinda secara terang-terangan memperlihatkan gambar transformasi dirinya dari lelaki menjadi perempuan.

“Puberty, transisi hormon dari lelaki ke perempuan. Dan aku lulus Sekolah Menengah umur 16 tahun. Setelah lulus SMA, aku panjangkan rambut. Selepas zaman itu tidak ada fotonya, hilang kerana facebook kena hack,” cerita Dinda Syarif di Instagram peribadinya.

Di sisi lain, walaupun fiziknya kini sudah berubah keseluruhan menjadi perempuan, Dinda Syarif ternyata tidak melupakan fitrahnya sebagai laki-laki.

Beribadah

Ramai yang tertanya-tanya bagaimana Dinda menjalankan kewajibannya beribadah sebagai muslim.

IKLAN

Dinda ternyata tetap menjalankan ibadahnya seperti seorang lelaki yakni dengan mengenakan sarung bukan telekung.

“Ibadah tetap pakai kain sarung, kan fitrah aku lelaki, dan maaf masalah ibadah tidak pernah aku war-war kan, kerana nanti jadi riak . Terima kasih” jawabnya.

Dinda Mahu Mati Sebagai Seorang Lelaki

Selain soal ibadah, Dinda Syarif juga mendapat pertanyaan yang mengejutkan terkait dirinya yang kini sudah jadi ‘perempuan’.

“Seandainya hari ini juga Tuhan ambil nyawa kakak, dalam keadaan apa saat menghadap-Nya, sebagai fitrah lelaki atau wanita?” tanya @anda_ope.

Dan jawapan Dinda cukup mengejutkan.

IKLAN

“Tentu sekali lelaki kerana walau bagaimana pun saya tau fitrah saya adalah lelaki, walau fizikal saya perempuan, menghadap ke Tuhan tetap sesuai dengan fitra ku iaitu lelaki. Terima kasih,” katanya.

Menjadi seorang transgender tidak menghalang Dinda Syarif untuk mencapai kejayaan. Pada 2016 lalu, Dinda Syarif sempat menjadi finalis Miss Waria.

Akhir Februari 2018 yang lalu, Dinda terbang ke Thailand untuk mengikuti pertandingan kecantikan Miss International Queen 2018. Meski tak muncul sebagai pemenang, Dinda Syarif berjaya membawa pulang penghargaan untuk kategori kostum nasional terbaik.

Sumber IG Dinda Sharif

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry