Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

‘Kalau Tak Layak Jangan Tegur’- Fathia Latiff Meluat Dengan Netizen

by Phic ARMAN
June 12, 2018
Share on Facebook

Nama pelakon Fathia Latiff seolah-olah tidak dapat lari dengan kontroversi. Apa saja yang dilakukan oleh Fathia seperti ada yang tidak kena di mata netizen.

Sejak kebelakangan ini, Fathia dilihat lebih berhati-hati lebih-lebih lagi untuk memuat naik gambar dan status di media sosial. Boleh dikatakan kesilapan lalu banyak mengajar dirinya untuk menjadi lebih baik.

Dalam temubuatnya bersama Utusan Online, Fatiha akui kadangkala dia merasa meluat dengan sesetengah netizen yang agak biadab dan tak menjaga bahasa di ruang maya, Fathia sedar setiap orang ada cara tersendiri dalam berkata-kata.

“Cara hidup setiap dari kita semuanya berbeza-beza. Ada sesetengah orang, bila dengan kawan-kawan berbual kasar namun dia dianggap normal kerana mereka saling mengenali. Namun, ada juga orang yang tak dapat menerima cara begitu.

Tak Boleh Terima Tegur Cara Kasar

Sedar bahawa selama ini begitu ramai yang mengeji segala perlakuan dan pandangannya ketika berbicara, namun tidak seharusnya dia ditegur dengan cara yang kasar dan biadab.

“Terus terang saya tak boleh terima andai orang yang tak mengenali dengan dekat, kemudian mahu menegur dengan cara kasar dan biadap. Saya sendiri bukan jenis yang bercakap kasar dengan orang jadi ia adalah satu perbuatan yang tidak normal buat saya.

Kalau Rasa Tak Layak, Jangan Tegur

Fathia berkata cara sesetengah menegur sebenarnya mencerminkan diri mereka. Lagi-lagi jika individu itu gemar menggunakan kata-kata yang kasar, biadab dan tidak senonoh atas alasan mahu menegur.

“Kalau rasa diri tu baik dan betul, gunakanlah cara yang betul sebab dari satu sudut lain, ia mencerminkan siapa anda. Jika rasa diri tak layak menegur saya atau orang lain, lebih baik jangan tegurlah,”ujarnya.

Namun, timbul kekesalan di hatinya apabila dia cuba untuk berubah, masih ada segelintir netizen atau masyarakat yang mahu mengungkit kisah lama.

Fathia dalam kemas kini terbaru di laman sosialnya membuat peminat dan pengikut tertanya-tanya sama ada dia akan beraya di luar negara memandangkan dia dan keluarga kini bercuti di Switzerland.

Sumber Utusan Online

fathia latiff
https://lomp.at/i14da
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Ojenn Aiwahhh Kesal Dengan Sikap Netizen Beri Komen Persoal Lelaki Berperwatakan Lembut

by Naddy Joe
February 13, 2026

Usahawan dan pempengaruh terkenal Ojenn Aiwahhh meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir netizen yang mempersoal lelaki berperwatakan lembut. "Lauk masyaAllah...

Read moreDetails
Lokal

Mas Khan Bersyukur Dapat Miliki Rumah Baharu-“Bismillah Untuk Perjalanan Baru Kami…”

by Naddy Joe
March 5, 2026

Pelakon, Mas Khan menitipkan rasa syukur dapat memiliki kediaman yang menjadi baharu yang bakal didiaminya bersama isteri, Anastasha Diana. Mas...

Read moreDetails
Foto - @zendaya (IG)
Hollywood

Kenapa Zendaya Minta Aktres Seksi Ini Jaga Jarak Daripada Tom Holland?

by Nurul A.
January 30, 2026

Spekulasi mengenai kehidupan peribadi pasangan selebriti, Zendaya dan Tom Holland kembali mencuri perhatian ramai. Kali ini, khabar angin tersebut mengaitkan...

Read moreDetails
Foto - @kamaladli (Threads)
Spotlight

Luahan Sayu Kamal Adli Tak Bangun Sahur Undang Sebak- “Parah Rupanya…”

by Phic ARMAN
February 19, 2026

Luahan hati pelakon popular, Kamal Adli, di laman Threads nyata mengundang perhatian ramai apabila dia dilihat begitu jujur berkongsi rasa...

Read moreDetails
Berita

Amyza Aznan Kongsi Keadaan Anak Kedua Disahkan Hidap Kanser Tulang

by Naddy Joe
February 19, 2026

Ujian menimpa pelakon, Amyza Aznan apabila anak keduanya, Adrian Adam disahkan menghidap kanser tulang. Kongsi Amyza di Instagram, dia mendapat...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara