Ardell Aryana Kini Menderita Kanser Tahap Tiga?

Mesti Baca

Satu lagi khabar menggemparkan industri hiburan apabila pelakon Ardell Aryana dikhabarkan menghidap penyakit kanser selepas didedahkan sendiri oleh sahabatnya, Nazmi Adhwa.

Kanser Tahap Tiga

Selain Elyana, Ardell dikatakan kini sedang menderita kanser tahap tiga meskipun tidak dia mahupun Nazmi tidak memberitahu secara terperinci tentang sakit yang dihidapi.

Segalanya terbogkar selepas terdapat komen daripada netizen yang memberitahu pendedahan itu dibuat sendiri oleh Nadzmi ketika membuat Instagram Live (IGLIVE) pada petang semalam.

Nadzmi Doakan Ardell Supaya Kuat

Malah Nadzmi turut memuat naik satu status mengenai Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin dimana dia berharap agar rakannya itu terus kuar dan jangan mengalah seolah-olah merujuk kepada sakit yang dhidapi sahabatnya.

View this post on Instagram

Weh @ardellaryana jangan mengalah. Kau kata nak tengok aku kahwin kan. Kau kena kuat teruskan perjuangan. Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita. Aku sahabat kau kau pun tahu aku akan selalu ada untuk kau. Kau relax je okay. kau kan kuat, kasar, gangster so jangan jadi cry baby 💪🏻 aku nak kau happy balik macam dalam video ni okay. Korang tolong doakan yang baik baik #MakCikBawang

IKLAN



A post shared by ناذمي ادهوا نور اذمي (@nadzmiadhwa) on

Walau bagaimanapun, Nadzmi menerusi IG Story nya memohon peminat agar jangan membuat sebarang spekulasi sebarangan yang boleh memburukkan keadaan.

Mungkin tidak lama lagi Ardell mahupun Nadzmi bakal mengeluarkan kenyataan lanjut mengenai spekulasi ini. Semoga baik-baik sahaja!

Terkini

“Kurang Ajar!”- Ashraf Muslim Bengang Dengan Syarikat Judi

Pelakon Ashraf Muslim meluahkan rasa kecewa terhadap sebuah syarikat perjudian selepas tular di media sosial mengenai lagu raya yang...

Artikel Berkaitan