[VIDEO] Bertuah Isteri Kepada Saiful Nizam, Aida Fasih Berbahasa Arab!

Mesti Baca

Bahasa Arab merupakan bahasa yang digunakan dalam Al-Quran dan sangatlah bertuah jika dapat memahami dan bertutur bahasa yang sungguh indah ini. Siapa sangka juara program realiti Gadis Melayu musim pertama iaiti Khairul Noormaaidah Zali atau lebih dikenali dengan nama Aida, rupanya cukup fasih dalam berbahasa Arab.

Aida mempelajari bahasa Al-Quran semenjak dari bangku sekolah lagi, ibu kepada sepasang cahaya mata ini juga mempunyai sijil Diploma Bahasa Arab dan Tamadun Islam dari Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS). Malah Aida juga merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari Universiti Utara Malaysia (UUM).

Baru-baru ini, isteri kepada bekas penyampai berita Buliten Utama, Saiful Nizam Ismail ada memuat naik video pendek dirinya bercakap dalam bahasa Arab dan rata-rata ramai yang memuji kelancaran dan kefasihan Aida dalam bertutur dalam bahasa ketiga ini.

Terdapat tiga video yang dikongsikan oleh wanita yang pernah mengacarakan rancangan Nasi Lemak Kopi O serta Wanita Hari Ini. Antaranya perkongsian ucapan Selamat Hari Raya, tips penjagaan kesihatan di bulan Syawal serta kelebihan mempelajari bahasa Arab.

“Rindunyeeee nak cakap “ arab “ … lepas ngidamm nk kasi video wish raye dlm Bahasa Arab ❤️”, Tulis Aida.

“Kenal my syurga @snizam5 pun dari bab cakap arab laaa ❤️

Tamadun Islam dulu nak2 time kem “ Mukhayyam Arabbiy .. sape silap ckp melayu kena bayar Doplosen 1 perkataan ??? how time flies ??”, Tulis Aida dalam kapsyen IG beliau.

lamee rasenye tak bebel dalam Bahasa Arab ?? Rinduu tau ? Tak tau nak bebel apee jadi terimalahhh ?

Walaupun ramai yang memuji kelancaran Aida dalam berbahasa Arab, namun Aida tetap merendahkan diri dan menyatakan dirinya masih banyak perlu belajar dalam bahasa ini.

murai.my mengucapkan tahniah buat Aida! Tidak rugi mempelajari pelbagai bahasa, lebih-lebih lagi bahasa syurga dan bahasa Al-Quran ini. Alhamdulillah!

Sumber : Instagram Aida

Terkini

Rahsia Kecantikan Kulit Glowing Pelakon Bollywood – Kareena Kapoor

Siapa yang tidak mengenali pelakon cantik Bollywood ini, Kareena Kapoor. Pelakon filem Kabhie Kushie Kabhie Gham ini walaupun usianya...

Artikel Berkaitan