Sambutan ulang tahun ke-93 kelahiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini lebih istimewa apabila tahun ini beliau bergelar Perdana Menteri buat kali kedua sekaligus memegang rekod sebagai perdana menteri paling tua di dunia.
A pleasant gift by H.E. @JuliaGBentley, – a nostalgic picture of the then Prime Minister of Canada, H.E. Pierre Elliott Trudeau and his son, H.E. @JustinTrudeau back in 1982. pic.twitter.com/p3subkitA8
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) July 9, 2018
Namun apa yang lebih menarik sempena hari penuh bermakna ini adalah gambar yang dimuat naik di akaun Twitter rasmi Dr Mahathir @chedetofficial.
Menurut dari kenyataan dalam twitternya, ia merupakan pemberian hadiah yang diterima daripada Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia, Julia G. Bentley.
Berjabat Tangan Dengan Justin Trudeau
Foto hitam putih nostalgik itu mempamerkan kemesraan Dr Mahathir bertemu perdana menteri Kanada ketika itu, Pierre Elliott Trudeau dan anak lelakinya, Justin Trudeau pada 1982 yang pada saat itu berusia 10 tahun.
Siapa sangka, budak kecil yang berpeluang berjabat tangan dengan Dr Mahathir itu kini merupakan perdana menteri Kanada sejak 2015. Mungkin dah dapat aura jadi pemimpin negara masa itu.
Ucapan Sudah Mencukupi
Dalam satu kenyataan yang berbeza, Dr Mahathir tidak mengharapkan hadiah sempena hari ulangtahunnya, ucapan Selamat Hari Jadi sudah mencukupi.
“Mesej atau kenyataan hari jadi sahaja kepada saya. Itulah yang saya hargai sepenuhnya,” katanya dalam satu temubual bersama Radio Bernama pagi ini.
Sumber Mstar
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.