• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Sukan

5 Fakta Tentang ‘Final’ Piala Dunia FIFA 2018 Yang Terbaik Dalam Sejarah

by Khai Azfar
July 16, 2018
Share on Facebook

Malam tadi (waktu tempatan) telah menyaksikan Piala Dunia FIFA 2018 menutup tirainya dengan menyaksikan pasukan Perancis menjuarai Piala Dunia kali ini dengan mengalahkan pasukan Croatia, 4-2.

5 Fakta Mengenai ‘Final’ Piala Dunia FIFA 2018 Yang Terbaik Dalam Sejarah

Melihatkan pada perlawanan Piala Dunia 2018, rata-rata peminat mengakui bahawa Piala Dunia edisi kali ini adalah yang terbaik sepanjang sejarah. Malah ahli politik, Khairy Jamaluddin turut memperakuinya sebagai yang terbaik sejak 1986. Di sebalik perlawanan akhir malam tadi, beberapa fakta menarik turut tercipta. murai.my rangkumkan 5 fakta tersebut khas untuk anda!

Majoriti Pemain Perancis Berasal Daripada Afrika


Meskipun namanya adalah Perancis namun tahukah anda 70% pemain pasukan ini adalah pemain yang berasal daripada Afrika? Sebagai rekod, 14 daripada 23 pemain bola pasukan ini terdiri daripada ‘African’ termasuklah Paul Pogba dan Kylian Mbappe.

3 Individu Ini Memenangi Piala Dunia Sebagai Pemain Bola Dan Pengurus Pasukan


Benar! Malam tadi juga menyaksikan sejarah baru apabila pengurus pasukan Perancis, Didier Deschamps bukan sahaja memenangi piala dunia 2018 sebagai pengurus malah, pada 1998 dia turut merasai menjulang piala berkenaan sebagai seorang pemain bola.

Selain Didier, terdahulu dua invidu yang meraih gelaran yang sama adalah

Brazil : 1958 & 1970 – Mario Zagallo
Germany : 1974 &1990 – Franz Beckenbauer

Mario Mandzukic Jaringkan Gol Sendiri


Nampaknya nasib malang berganda buat pemain pasukan Croatia ini, Mario Mandzukic. Bukan sahaja tidak menjuarai piala dunia, malah dia juga antara penyebab Perancis memperoleh satu gol ‘percuma’ hasil sepakannya ke dalam gawang gol sendiri. Jaringan sendiri itu sekali gus mencatat satu sejarah baru dalam perlawanan akhir piala dunia.

Kali Pertama Layak Ke Peringkat Akhir


Meskipun tidak berjaya merangkul piala emas itu, pujian harus diberi kepada Croatia kerana ini adalah kali pertama mereka berjaya melangkah ke pusingan akhir. Malah Croatia juga berjaya mengharumkan nama negara kecilnya di mata dunia.

Percaya atau tidak, populasi penduduk Selangor lebih banyak daripada Croatia yang hanya mempunyai 4.2 juta penduduk berbanding Selangor yang mencatat 6.39 juta penduduk.

Penalti Pertama Dalam Pusingan Akhir Piala Dunia


Selain daripada jaringan sendiri, Mario Mandzukic juga punca Perancis menerusi Antoine Griezman memperoleh gol penalti selepas bola terkena pada tangannnya.

Kesilapan tersebut turut tercatat sebagai penalti pertama dalam pertandingan akhir Piala Dunia dalam sejarah.

antoine griezmanDidier Deschampsfifa world cup 2018france vs croatiaMario MandzukicPiala Dunia 2018
https://lomp.at/sog0i
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sukan

Mahu Beri Momentum Terbaik Di Gelanggang Tenis? Ini Yang Anda Patut Tahu Mengenai SOLUTION SPEED™ FF 4

by Naddy Joe
January 31, 2026

Sukan tenis merupakan satu permainan yang menggunakan raket dan bola,  dan dimain di dalam sebuah gelanggang yang dibahagi oleh sebuah...

Read moreDetails
Sukan

Triathlon Desaru 2025: Kisah Syed Saddiq & Ayden yang Bikin Ramai Tersentuh

by Phic ARMAN
July 7, 2025

Kalau anda fikir triathlon ini cuma tentang siapa paling gagah, paling laju sampai garisan penamat… anda silap. MURAI berada di...

Read moreDetails
Antarabangsa

Macam Seronok Jer! Warga Malaysia Boleh Mendaftar Menjadi Sukarelawan di Olimpik Paris 2024

by Zaidin Albert
August 12, 2021

Sejak Sukan Olimpik Tokyo 2020 berakhir secara rasmi pada 8 Ogos yang lalu, kini ramai yang bercakap tentang Olimpik akan...

Read moreDetails
via Twitter Fascinating/Rejected Princesses
Sukan

Memanah Guna Kaki, Gambar Atlet Akrobatik Kyrgyzstan Ini Tular Kembali!

by Puteri Alia
October 5, 2022

Tular di media sosial baru-baru ini gambar seorang wanita memanah menggunakan kaki memukau mata warganet hingga menjadi bualan ramai di...

Read moreDetails
Lokal

“Potong Barisan”- Nabil Ahmad Guna ‘Kabel’ Nenek Lee Zii Jia Untuk Bergambar Dengan Pemain Badminton Negara

by Puteri Alia
August 7, 2024

Penyampai radio dan pengacara popular, Nabil Ahmad, berjaya mengabadikan momen istimewa bersama pemain badminton negara, Lee Zii Jia, dengan bantuan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  3. 3

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  4. 4

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  5. 5

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore