• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

Ini 5 Fakta Mengenai Faiz Dickie Yang Ramai Tidak Tahu

by Khai Azfar
July 20, 2018
Share on Facebook

Baru-baru ini pengacara terkenal, Faizal Ismail telah mengumumkan bahawa rancangannya, FBI Live telah pun dibubarkan. Namun begitu, rancangan tersebut akan digantikan dengan sesuatu yang baru iaitu DBilique.

Faiz Dickie Pengacara Baru DBilique

Masih lagi mengekalkan Faizal dan Fara Fauzana sebagai pengacaranya, akan tetapi pembaharuan kali ini akan turut menampilkan lagi tiga pengacara baru termasuklah selebriti media sosial terkenal, Faiz Dickie. Di sebalik perwatakannya yang pelbagai, ramai tidak tahu siapakah Faiz disebalik watak-watak seperti Nurse Puaka dan Kak Leha Bunting. murai.my berjaya mendekati sisi dekat Faiz Dickie atau nama sebenarnya Mohd Nasrul Faiz.

5 Fakta Mengenai Faiz Dickie

Watak Kak Leha Inspirasi Arwah Ibu

View this post on Instagram

A post shared by Faizdickie (@faizdickievp)

Ramai yang terhibur dengan watak Kak Leha yang dibawa oleh Faiz. Menunjukkan peribadi seorang ibu yang kuat berceloteh mengenai ragam anak-anaknya, tahukah anda watak tersebut sebenarnya diinspirasikan daripada arwah ibunya. Meskipun kelihatan agak ‘bingit’ dengan keletah yang dibawa, namun dalam perwatakan tersebut sebenarnya mempunyai mesej yang tersendiri.

Selebriti Media Sosial Pertama Yang Mempunyai Rancangan Sendiri

View this post on Instagram

A post shared by DBILIQUE (@dbilique)

Dengan menjadi pengacara D’Bilique, ianya sekali gus menjadikan Faiz sebagai selebriti media sosial yang pertama mempunyai rancangan serta slotnya tersendiri. Malah bagi Faiz jika sebelum ini dia lebih dikenali di Instagram, kali ini dia ingin cuba ‘menambat’ hati peminat di Facebook pula menerusi slot Biasa Luar Biasa dan Tanya Kak Leha yang bersiaran setiap Isnin jam 9 malam.

Anjurkan Karnival Untuk Peminat

Tampil memberi kelainan, Faiz bersama peminatnya yang dikenali sebagai #VillagePeople telah membuat satu pendekatan tidak lama dahulu. Dimana sekitar tahun 2015, mereka telah menganjurkan sebuah karnival yang dikenali sebagai BazaarLepak di Shah Alam. Hampir 7000 ribu orang telah berkunjung ke karnival tersebut yang turut menampilkan jualan dari selebriti terkenal serta pelbagai acara permainanan yang menggamit kembali nostalgia lalu.

Terbitkan Buku Sendiri

Percaya atau tidak, Faiz juga pernah menerbitkan bukunya sendiri berjudul Village People. Malah pada karnival tersebut, personaliti media sosial ini turut melancarkan bukunya ini sekaligus sekali lagi menjadi personaliti media sosial yang mempunyai buku sendiri. Khabarnya dia akan menerbitkan buku keduanya tidak lama lagi. Nantikan!

Anugerah Personaliti Berita Harian Dan Kehidupan Sebagai Pensyarah

Penangan popularitinya itu telah menobatkan dirinya dipilih peminat sebagai Anugerah Personaliti Paling Popular Berita Harian pada 2014. Meskipun sudah 4 tahun berlalu, namanya juga sebaris dengan selebriti popular lain.

Malah ramai juga yang tidak tahu bahawa Faiz sebenarnya adalah salah seorang pensyarah di institut pengajian tempatan swasta. Barang kali dia adalah pensyarah paling popular buat masa ini bukan?

faiz dickie
https://lomp.at/7b6nq
Share2Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Gambar AI Generated
LifeXplore

[VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

by Farah Fatihah
January 31, 2026

Kalau selama ini kita hanya melihat salji di televisyen atau media sosial, kini pengalaman itu boleh dirasai sendiri tanpa perlu...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Dalam masyarakat kita, isu gelaran atau panggilan kepada individu berdasarkan rupa bentuk badan atau penampilan sering menjadi topik sensitif. Apa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore