Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Didakwa Hina Wakil Fazura Atas Pentas, Faezah Elai Jawab Tuduhan

by Khai Azfar
July 30, 2018
Share on Facebook

Isu malukan fizikal (body shaming) seseorang bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main malah dianggap serius kerana ianya boleh menjurus kepada kemurungan.

Fazura Menang Besar Di Anugerah Telenovela 2018


View this post on Instagram

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Terbaru, pada malam Anugerah Telenovela 2018, pelakon jelita Nur Fazura telah memenangi satu anugerah di mana ketika itu Faezah Elai adalah penyampai anugerah tersebut. Walau bagaimanapun Fazura tidak dapat hadir ke anugerah tersebut kerana terikat dengan komitmen lain dan telah menghantar seorang wakil untuk menerima trofi bagi pihaknya di atas pentas.

Wakil Fazura Dimalukan Di Atas Pentas?


Akan tetapi, usai sesi penyampaian tersebut peminat-peminat mula menghentam Faezah kerana dikatakan pelakon itu telah memerli saiz bentuk badan wakil Fazura yang menyebabkan satu dewan turut tertawa. Rata-rata netizen menganggap ungkapan Faezah yang menyebut “Fazura lepas 5 orang anak” dianggap sepert ‘body shaming’ dan satu perkara yang memalukan.

Fazura Perli Faezah


Kejadian tersebut ternyata mendapat reaksi Fazura dimana ternyata dia sama sekali tidak setuju dengan isu body shaming. Malah menurut Fazura menerusi Instagram nya, semua orang berhak dilayan sama rata dan istimewa tanpa mengira rupa paras dan bentuk fizikal.

View this post on Instagram

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Meskipun tidak menyatakan mana-mana individu peminat mengandaikan kenyataan tersebut merujuk kepada insiden malam itu.

Faezah Elai Mohon Maaf


Dalam perkembangan lain, Faezah telah memohon maaf kepada mereka yang terlibat khususnya wanita tersebut.

https://www.instagram.com/p/BlzyFjXgDsH/?taken-by=faezahelai

Menurut Faezah, dia sama sekali tidak merujuk ucapannya kepada wanita tersebut sebaliknya ianya hanya sekadar gurauan yang merujuk kepada dirinya yang kini sudah mempunyai anak seramai 5 orang. Apa pun diharap isu ini tidak lagi berpanjangan kerana Faezah sendiri sudah mohon maaf. Buang yang keruh dan ambil yang jernih.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
anugerah telenovela 2018body shamingfaizah elaifazurafazura faizah elai
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  2. 2

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  3. 3

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  4. 4

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  5. 5

    Konsert BTS Di Kuala Lumpur: 10 Hal Penting Yang ARMY Perlu Alert

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara