Sebelum ini kami pernah menulis mengenai seorang gadis kelahiran Malaysia ini  yang telah mencipta sejarah sebagai wanita berhijab pertama yang sertai pertandingan ratu cantik New Zealand.

Cipta Sejarah Gadis Berhijab Pertama Tersenarai Ke Peringkat Akhir


Siapa sangka gadis tersebut, Nurul Shamsul turut melakar satu lagi sejarah baru apabila dia tersenarai ke peringkat akhir pertandingan itu yang berlangsung pada Sabtu yang lalu. Penyenaraian tersebut sekali gus memperlihatkan Nurul sebagai wanita berhijab pertama yang layak ke peringkat akhir pertandingan ratu cantik.

Raih Tempat Kelima


Nurul yang membesar di Indonesia berjaya melangkah ke peringkat akhir dan lebih manis dia berjaya merangkul tempat ke-5 Miss Universe New Zealand 2018.

IKLAN

Terdahulu anak sulung daripada tiga beradik ini telah mencuri perhatian dunia apabila dia tersenarai sebagai salah seorang 20 finalis dan merupakan satu-satunya peserta Asia yang beragama Islam dan berhijab.

Estelle Curd Dinobatkan Sebagai Miss Universe New Zealand 2018 


Dalam peringkat akhir pertandingan itu Estelle Curd telah dinobatkan sebagai Miss Universe New Zealand 2018 dan akan bersama Miss Universe negara lain termasuk Malaysia dalam pertandingan Miss Universe ke-67 di Bangkok yang akan diadakan pada hujung tahun ini.