• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

23 Tahun Berlalu, Ahli Bomba Bertuah Dapat Dengar Kata-kata Terakhir Puteri Diana

by Phic ARMAN
September 1, 2020
15
KONGSIAN
Share on Facebook

Ketika rakyat Malaysia meraikan hari kemerdekaan semalam 31 Ogos, ia juga menandakan sudah dua dekat lamanya pemergian puteri kesayangan ramai, Puteri Diana. Pada 31 Ogos 1997 Diana meninggal dunia apabila terlibat dalam kemalangan kereta. Dipetik dari The Sun, ternyata Puteri Diana sempat melafazkan kata-kata terakhirnya pada seorang anggota bomba yang cuba menyelamatkan nyawanya.

Xavier Gourmelon menjadi orang bertuah yang mendengar kata-kata terakhir dari The Duchess of Wales ini ketika bertugas di lokasi kemalangan.

Foto: AFP
Foto: www.thesun.co.uk

“Kereta itu remuk dan kami bergegas ke lokasi kemalangan melihat siapa yang perlukan bantuan dan siapa yang masih hidup, “- kata Gourmelon.

Gourmelon menyatakan bahawa saat itu Puteri Diana bertanya kepadanya seperti berikut:

“Ya Tuhan, apa yang terjadi?” ucap Puteri Diana

Pada saat itu, keadaan ibu kepada Putera William dan Putera Harry ini begitu mengerikan ketika ditemui di kerusi penumpang. Puteri Diana hanya mampu bergerak sedikit kerana cedera ringan di bahu kanannya.

FOto: www.thesun.co.uk
Foto: www.thesun.co.uk

Lebih mengejutkan, Gourmelon tidak melihat setitis darah pun keluar dari tubuh Puteri Diana. Namun, beberapa saat setelah diberi oksigen, secara tiba-tiba Putri Diana menderita serangan jantung dan berhenti bernafas.

“Saya menekan jantungnya dan beberapa detik kemudian dia mula bernafas lagi. Itu sangat melegakan kerana, sebagai responden pertama, anda ingin menyelamatkan nyawa dan itulah yang saya pikir telah saya lakukan. Sejujurnya saya fikir dia akan hidup. Sejauh yang saya tahu ketika dia di dalam ambulans dia masih hidup dan saya berharap dia akan hidup. Tapi saya dapat tahu kemudian dia meninggal di Hospital. Ia sangat dikesali,” kenang Gourmelon.

Didiagnosis menderita luka dalaman, Puteri Diana dikatakan meninggal dunia pada jam 4 pagi.

“Ketika saya sampai di keretanya,  saya boleh perhatikan pemandunya sudah mati dan tidak ada yang boleh dilakukan untuknya,” kata Gourmelon.

Lebih menyedihkan, keadaan Dodi sangat kritikal ketika ditemukan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Putera Andrew Terlibat Skandal S*ks, Apa Nasib Dua Puterinya Selepas Ini?

Sumber: THESUN

dianakemalanganputera harryputera williamputeri dianaqueen elizabeth
https://lomp.at/7wbdb
Share11Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Personaliti

Wajah Ibunda Tengku Amir Shah Dalam Majalah Lama Buat Netizen Terpukau

by Phic ARMAN
August 1, 2025

Bila bercakap pasal kerabat diraja, selalunya yang kita nampak sekarang adalah sisi moden, elegan dan penuh protokol. Tapi baru-baru ini,...

Read moreDetails
Personaliti

Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

by Phic ARMAN
March 7, 2023

Baru-baru ini di laman TikTok, MURAI MY tertarik melihat video yang dimuatnaik oleh Dato’ Mohd Nazifuddin Najib atau lebih mesra...

Read moreDetails
Lokal

Tengku Salehuddin Terkilan Dengan Sikap Bekas Isteri, Minta Kembalikan Anak Semula Ke Malaysia

by Jash Lee
February 16, 2023

Baru-baru ini tular di media sosial, Instagram peribadi milik Tengku Indera Bijaya Diraja, Tengku Salehuddin Shah Alhaj atau lebih dikenali...

Read moreDetails
Personaliti

[VIDEO] Seorang Peninju, Kenali 4 Fakta Tentang Tengku Eddie Yang Didakwa Cederakan Pekerja

by Phic ARMAN
November 7, 2024

Tengku Eddie Akasya Tengku Abd Rahman, seorang individu yang kini menjadi perhatian ramai selepas didakwa mencederakan seorang pekerja, adalah anak...

Read moreDetails
Foto - @heygirlonline (IG)
Personaliti

Muncul Personaliti Baharu, Pakar Jelas “Otrovert” Bukan Introvert-Ekstrovert Tapi…

by Nurul A.
December 19, 2025

Sehingga ke hari ini, beberapa kajian personaliti secara umumnya telah membahagikan manusia kepada tiga kategori iaitu introvert, ekstrovert dan juga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore