Bukan hanya di Malaysia yang meraikan Hari Ibu, sebahagian besar negara yang turut merayakan Hari Ibu termasuk di Thailand. Setiap tahun, kebanyakkan sekolah yang ada di Thailand merayakan Hari Ibu. Oleh itu pihak sekolah mengundang ibubapa khususnya ibu untuk hadir di sekolah.
Seorang wanita melalui akaun Facebook peribadinya memuatnaik video yang menujukkan momen perayaan Hari Ibu di sebuah sekolah. Akaun bernama Kornpat Ae Sukhom mempamerkan gambar sekaligus video di mana para ibu duduk berhadapan dengan buah hatinya. Kemudian sang anak memberikan ucapan syukur dan cintanya kepada ibu yang melahirkannya.
Momen perayaan Hari Ibu di Thailand ini merupakan upacara tahunan di mana anak-anak akan memberikan bunga untuk ibunya. Bunga tersebut sebagai tanda cinta dan ungkapan terima kasih untuk ibu. Akan tetapi pemandangan berbeza muncul di dalam muatnaik Kornpat Ae Sukhom, dia memuatnaik suasana perayaan Hari Ibu di Wat Trai Rattanaram Charity School di Daerah Kanchanaburi, Thailand.
Sanggup Berpakaian Wanita
Kornpat Ae Sukhom mengambil gambar seorang lelaki yang duduk di antara ibu. Lelaki tersebut bernama Chatchai Parn-uthai. Dia duduk di barisan bangku ibubapa dengan menggenakan pakaian wanita.
Chatchai merupakan bapa tunggal yang memiliki dua anak lelaki. Lelaki berstatus duda ini terlihat menggenakan pakaian wanita saat hadir di sekolah buah hatinya. Pakaian dress berwarna merah jambu yang dikenakan Chatchai didedikasikan untuk sang buah hati.
Dipetik dari laporan Coconut, Chatchai berkata, “Saya seorang duda anak dua. Saya mampu melakukan apa saja.”
Tak hanya menggenakan pakaian wanita, Chatchai juga menambahkan aksesori sepit rambut comel pada bahagian kepalanya. Gambar dirinya menghadiri perayaan Hari Ibu di sekolah buah hatinya di Thailand ini mencuri perhatian netizen. Video telah disaksikan lebih dari 6 juta orang.
Sumber Cocunut & Kornpat Ae Sukhom
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.