Seperti sebuah virus yang tersebar! Sejak kebelakangan ini begitu banyak kes gambar bogel selebriti tersebar luas di media sosial. Jika dahulu selebriti wanita menjadi mangsa, namun kali ini kebanyakan kes yang dilaporkan melibatkan selebriti lelaki yang sedang meningkat naik.

Gambar Bogel Ikmal Amry Tersebar Di Media Sosial

Belum pun reda kontroversi melibatkan Ammar Effendy, pengamal media sosial terkenal yang juga anak kepada Rozita Che Wan, kali ini kontroversi yang sama turut terpalit pada pelakon baharu, Ikmal Amry.

IKLAN

Semakin tular di media sosial, hasil carian kami mendapati terdapat sebuah akaun telah memuat naik gambar bogel seorang lelaki yang dikatakan milik pelakon Gantung The Series itu. Menerusi suntingan gambar tersebut, dipercayai wujudnya sebuah video yang memaparkan beberapa aksi lelaki tersebut suatu ketika dahulu.

Tersebar Kerana Suka Menunjuk ‘Aset’ ?

Ramai yang tertanya mengapakah selebriti-selebriti ini menjadi mangsa sedemikian.

View this post on Instagram

Mood

A post shared by Ikmal Amry (@ikmalamry) on

Ada yang beranggapan kerana mereka yang menjadi mangsa sering kali menunjukkan ‘aset’ yang dimilki seperti badan yang kekar dan tidak juga yang menganggap menjadi mangsa individu-individu tertentu yang tidak bertanggungjawab. Semakin membimbangkan!