Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

‘Kurangkan Muat Naik Video!’- Syafiq Kyle Luah Rasa Bimbang

by Phic ARMAN
September 3, 2018
Share on Facebook

Ramai kini berlumba-lumba menjadi yang pertama berkongsi sesuatu di laman sosial tanpa memikirkan kesan penyebaran dan perkongsian yang boleh membawa padah pada diri sendiri mahupun pada orang lain. Ini kerana masyarakat mudah mendedahkan maklumat peribadi pada platform media sosial.

Pelakon popular Syafiq Kyle turut merasakan kebimbangannya terhadap keterujaan remaja zaman sekarang tidak menjaga privasi diri mereka lagi-lagi menerusi aplikasi media sosial.

View this post on Instagram

A post shared by Syafiq Kyle (@syafiqkylez)

“Saya nasihati remaja pada zaman sekarang supaya menjaga privasi mereka demi keselamatan. Memandangkan zaman sekarang terlalu mudah untuk butiran peribadi kita didedahkan pada umum. Lebih membimbangkan pada pengguna telefon pintar di bawah umur yang tidak sedar bahawa apa yang mereka lakukan dengan memuat naik video yang tak berfaedah sebenarnya akan memberi kesan buruk pada masa hadapan.”

Banyak Membaca

View this post on Instagram

A post shared by Syafiq Kyle (@syafiqkylez)

Pelakon utama drama bersiri popular Nur ini juga memberi pesanan kepada golongan remaja bawah umur supaya lebih banyak membaca buku-buku berbentuk ilmiah daripada setiap masa bermain dengan telefon pintar.

“Saya sendiri akan membaca buku, majalah ataupun komik jika ada masa terluang bagi menghilangkan ketagihan dari  menggunakan telefon pintar setiap masa”- katanya

Terdedah Dengan Risiko Bahaya

Tanpa kita sedar, keterujaan remaja berkongsi video mereka di media sosial boleh mengundang padah lagi-lagi gambar tersebut mengandungi unsur-unsur yang tidak baik. Anda mungkin boleh terdedah kepada risiko bahaya dan jenayah seksual!

Bagi Syafiq, hal-hal privasi semestinya dijaga dan tidak sepatutnya dikongsikan dengan sewenang-wenangnya. Ini kerana ada kecenderungan pihak tidak bertanggungjawab untuk menyalahgunakan gambar-gambar tersebut.

“Bagi saya hal-hal privasi haruslah dijaga dengan baik. Kurangkan muatnaik video atau gambar peribadi. Kita tidak tahu orang di luar sana ada berniat baik ataupun jahat. Mungkin perkara sebegini sering dipandang ringan oleh sesetengah orang namun jika berlaku diri sendiri barulah mereka sedar dan menyesal,” tambahnya lagi.

Tampil Ketika Roadshow Pertama OPPO F9

Syafiq ditemui ketika  roadshow pertama OPPO F9 yang bertempat di Sunway Pyramid Mall, Selangor pada 30 Ogos yang lalu.  Selain Syafiq, penyanyi muda yang kian meningkat naik, Khai Bahar turut muncul bersama Oppo untuk menunjukkan ciri-ciri utama yang ada pada F9.

2 artis popular ini sempat berkongsikan kelebihan Oppo F9 di mana ia mempunyai ciri-ciri menarik yang berupaya menarik minat pembeli. Lebih menarik ia dilengkapi dengan fungsi pengecasan pantas VOOC yang memberikan 2 jam masa bercakap apabila dicas selama 5 minit.

https://lomp.at/s5e8e
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @victoriabeckham (IG)
Hollywood

Terdesak, Victoria Beckham Rayu Brooklyn Kembali Ke Keluarga

by Nurul A.
March 25, 2026

Selebriti dan pereka fesyen, Victoria Beckham akhirnya mengalah apabila dia dilaporkan sangat terdesak untuk memulihkan hubungannya dengan anak sulung, Brooklyn...

Read moreDetails
Spotlight

Pevita Pearce Solat Raya Di Masjid Besar Bernilai RM30 Juta Milik Bapa Mentua Di Penang

by Zaidin Albert
March 27, 2026

Kalau tengah scroll Instagram, mesti tak terlepas tengok Pevita Pearce yang tengah menikmati momenhari raya bersama suami tercinta, Mirzan Meer,...

Read moreDetails
Lokal

Zara Zya Pilu Lihat Keluarga Sudah Berpecah-“Sekarang Saya Cuma Dengan Mama Sahaja..”

by Naddy Joe
March 6, 2026

Pelakon, Zara Zya meluahkan rasa pilu melihat keluarganya yang kini sudah berpecah dan ada yang sudah bertahun tidak bersua muka....

Read moreDetails
Foto - @vast.ent (IG)
Korea

Dari Filem Ke Dunia Sebenar, Hyun Bin Dilantik Sebagai Ejen Balas Perisikan Korea Selatan

by Nurul A.
April 16, 2026

Agensi perisikan utama Korea Selatan telah melantik pelakon Hyun Bin sebagai ejen balas perisikan kehormat. Pelantikan itu merupakan satu gelaran...

Read moreDetails
Foto - @uqashasenrose2 (IG) / @itsuqashasen (IG)
Lokal

Luang Masa Bersama Anak, Uqasha Senrose Hargai Usaha Kamal Adli- “Terima Kasih Ayah…”

by Nurul A.
March 2, 2026

Aktres Uqasha Senrose baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila menzahirkan rasa penghargaan kepada bekas suaminya yang turut aktor, Kamal Adli....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  4. 4

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  5. 5

    Pesta Songkran Di Petaling Jaya Cetus Tanda Tanya, Kelakuan Pengunjung Tak Senonoh- “Bau Arak Bacin”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara